Saya membelek-belek buku ‘nota
kecil’ berwarna biru. Di situlah tertulis impian saya , carta hidup saya ,kalendar
harian saya dan macam-macam lagi.
‘Sekarang dah akhir bulan 9. Tak
lama lagi nak masuk bulan 10. Dan tak lama lagi dah nak tinggalkan Jordan!’
saya bermonolog sambil menghabiskan menulis jadual.
Rasa bagaikan tak percaya. Terasa
saya baru saja menjejakkan kaki ke bumi Mu’tah, Jordan. Transit di rumah kakak
senior, bertatih bercakap arab dengan ammu kedai , berbuka puasa di rumah arab dan
macam-macam lagi.
Tapi, sekarang saya akan meninggalkan bumi Mu’tah kurang dari
5 bulan dari sekarang. Ya Allah ! T_T
Singkatnya masa. Dulu terasa
ingin cepat-cepat pulang ke Malaysia. Tapi sekarang, hati saya sayu.
Bakal meninggalkan dataran barakah. Bakal berjauhan dengan para syuhada’
yang tertanam jasadnya di sini. Saya pasti merindukan bau wangian ‘mereka’.
Ujian di bumi inilah yang banyak mengajar saya erti menjadi hambaNya yang Redha
dan Ikhlas. Pasti akan rindu!
Sepanjang saya melalui kehidupan
di atas muka bumi ini, pasti tak lari dari ujian. Namun ujian di bumi barakah
ini jauh berbeza dari yang saya sangka. Mungkin Allah ingin mengajar saya
menjadi tabah seperti Zaid ibn Haritah, menjadi berani seperti Ja’far
At-tayyar, menjadi kuat seperti Abdullah ibn Rawahah.
Kuatkan hati, saya tetap
menerimanya dengan Redha. Alhamdulillah.
‘Akak,seronok kan akak dah nak
khirij’ sapa seorang adik kepada saya.
Saya tersenyum. ‘ InsyaAllah
awak,doakan’.
‘Ukhti, bulan berapa ukhti nak
balik? Balik cepat-cepat tau’ suara gembira
adik saya jauh di Malaysia.
Saya sebak. ‘InsyaAllah
maya,doakan ukhti’
Jawapan saya serba ringkas. Takut
untuk terlalu gembira.
Teringat pesan seorang rakan saya.
‘Kita jangan terlalu excited sangat
nak khirij. Buat biasa-biasa saja. Takut-takut Allah uji akhir-akhir nanti,
kita yang kecewa’.
Ye, saya mengerti. Namun,sandaran
yang terbaik hanya pada Allah. Apa saja perancanganNya ,kita kena akur. Kerna
perancanganNya jauh lebih hebat dari perancangan kita. insyaAllah.
………………………………………………………………….
Hebat perancangan Allah.
Dulu saya berangan-angan untuk
mengambil bidang akaun selepas mendapat keputusan SPM terbaik di sekolah
menengah. Cita-cita saya kuat untuk sambung bidang akaun. Cikgu-cikgu juga
sangat memberi galakan.Namun hasrat sedikit terhalang.
‘Kamu hafal Al Quran dulu, baru
lepas tu sambung akaun. Buya nak, semua anak-anak buya hafal Quran’. Tegas buya
bila saya menyuarakan hasrat.
Akhirnya saya akur. Di Darul
Quran saya sendiri. Tiada sahabat pun dari sekolah lama yang mengikut. Saya tak
rasa saya mampu di sini. Menghabiskan 30 juzuk. Kadang-kadang saya memberontak
dalam hati.
Namun, takdir Allah mampu
mengubah segalanya. Alunan Al Quran yang sering bergema di bumi barakah Darul
Quran, membuatkan cinta saya di bumi barakah ini makin kuat. Hati keras menjadi
lembut. Mata yang sukar menitiskan air mata, akhirnya menitiskan juga air mata
‘ego’ yang lama terpendam.
Teringat satu firman Allah : "Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)
Alhamdulillah. Rupanya ini hikmah
yang Allah simpan. Selepas ke Darul Quran,saya dapat meneruskan perjuangan di
bumi barakah syam, Jordan. Rupanya dengan jalan yang asalnya saya tidak suka,
jalan itulah yang membuka saya jalan kepada jalan kejayaan sekarang. Ya Allah,
Alhamdulillah.
Terimakasih kepada buya yang
membantu dalam ‘perancangan’ hidup saya sehingga saya mampu sampai ke sini.
Dan sekarang, perjalan saya di
bumi Jordan bakal berakhir. T_T
Ya Allah, semoga ada rezeki untuk
ku ke sini lagi. Moga ada rezeki untuk ku berjiran dengan para syuhada’. Moga
ada jalan untuk ku ‘menetap’ di bumi yang Kau makbulkan doanya..
Memanfaatkan masa yang berbaki.
“ Sedikit yang bermanfaat itu
lebih baik daripada banyak yang melalaikan! ”