RSS

22 January 2012

:.CUTI-CUTI:.



Alhamdulillah, selesai sudah imtihan nihaie untuk fasal ini. Itu baru imtihan dunia. Saya sudah merasa keperitannya. Semuanya bermain dengan emosi dan kekuatan fizikal saya.  Mana tidaknya, persiapan masih belum mencukupi. Menghafal  semata- mata tanpa memahaminya bukan prinsip saya. Tapi ada masa terdesak, memaksa saya berbuat demikian. Masa yang berbaki tidak cukup untuk saya menghadamkan kitab sebaiknya. Saya berfikir, ‘masa yang tidak cukup, atau aku sendiri yang tidak pandai mencukupkan masa?’. ‘ Apa urusan yang begitu sibuk dibuat sebelum ni? Selesai masalah negara ke?’. Persoalan yang dibina sendiri dan jawapan yang sudah ada skemanya. Menyesal tak sudah!

Bermula fatrah cuti. Masing-masing sudah ada plan sendiri untuk mengisi masa cutinya. Ada yang berjaulah di merata Jordan dan di luar Jordan. Ada juga yang hanya menghabiskan masa di rumah.

Saya ?

Bila dikira-kira duit untuk bulan ni ,rasanya tak cukup untuk saya ikut jaulah bersama-sama kawan.

Duit perlu disediakan untuk membayar rusum, perlu membayar sewa rumah, perlu itu dan ini. Banyak kegunaan lain yang lebih penting.

Baki dalam akaun hanya mencukupi untuk menyelesaikan perkara-perkara yang telah saya list kan sebagai important! Bahkan mungkin baki itu tak mencukupi. Allah, rezeki itu ditanganMu. Moga Kau permudahkan. 

List penting saya untuk cuti kali ini:

ü  Perlu habiskan 30 juz yang masih berbaki
ü  I’adah perlu lagi mantap!
ü  Ziarah sahabat
ü  Jaulah di sekitar karak (maqam sahabat, qal’ah karak)
ü  Cuba pelbagai resepi (kuih-muih /lauk-pauk)
ü  Buat sesuatu yang menjadi hobi (cth :mengait)
ü  Kemas bilik, kemas rumah J
ü  Baca buku-buku ilmiah
ü  Dan banyak lagi perancangan yang bermain di fikiran. (tak pasti, mampu laksanakan semua atau tidak..huhu…)



                               first try. belajar buat kuih lapis dari youtube :)




        mengait [ belajar dari youtube juga..:) tak pasti nak buat apa, mafla kot


Seronok bila mengisi masa cuti dengan membuat sesuatu yang baru. Bila mengait dan memasak kuih , teringat pula pada ummi. Saya lebih suka memasak kuih muih dan kek berbanding lauk pauk. Mungkin kerana kesenian pada masakan tersebut.huhu. Tapi ummi saya cakap, 'nanti dah kahwin, tak kan nak bagi suami makan kek saja'. Em, betul jugak :)


Di sini jaulah kami!



              Karak Castle [ tak jauh dari Mu'tah. tambangnya pun cuma 25 qursh]


                                  pemandangan dari atas. [subhanallah]




                                      mereka sahabat saya [ sayang mereka :) ]





Alhamdulillah,biar pun tidak berjaulah jauh, saya merasa nikmat berjaulah di sini. Betapa nikmat ciptaan Allah sangat banyak, yang masih belum kita terokai. Setiap sudutnya ada ‘cerita’ yang Allah ingin bentangkan buat manusia. Hanya manusia yang benar-benar melihat alam ciptaanNya dengan mata hati saja dapat merasai hebatnya penceritaan Allah melalui alam yang terbentang. Subhanallah.




* tak perlu duit banyak untuk membuat kita bahagia, tak perlu hidup mewah untuk membuat kita bahagia. Cukuplah dengan rasa cukup, membuat kita bahagia. Ucaplah Alhamdulillah





04 January 2012

:. Saya masih menangis:.




Lama rasanya saya tidak mencoret sesuatu. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan imtihan yang tidak putus-putus. Apa-apa pun, semoga imtihan dunia tidak menjadikan alasan untuk kita bermalas-malasan meningkat ibadah dan menyebar dakwah. InsyaAllah.


Memasuki tahun baru 2012, pasti ramai yang memasang azam baru mereka. Ada juga yang semakin gerun melihat pertambahan umur mereka. Itu tahun baru Masihi. Tapi diikutkan tahun baru Hijri, sudah lama umur kita meningkat, sudah lama kita harus memasang azam , tajdid niat, bahkan tidak perlu ditunggu sehingga awal tahun.


 Saya semakin gusar.

Apakah nilai ibadah-ibadah saya sebelum ini. Berkualiti atau tidak? 25 tahun Allah memberi saya kehidupan yang sangat sempurna. Punya ummi abuya yang sangat menitik beratkan nilai agama dalam setiap laku. Punya kehidupan yang sederhana, biar tidak mewah, tetapi kami bahagia menghuni teratak Darul Mursyideen.


Sepanjang kehidupan, banyak perkara yang saya belajar. Ujian yang datang bertalu-talu bagai menyuruh saya membina perisai kekuatan. Itulah manusia! Tak kan ‘meriah’ kehidupan kita andai tiada rencah ujian dariNYA.


Saya pernah diuji. Ditahan di airport Jordan, tidak dapat melepasi ke Mesir. Tiket sudah dibeli. Kelengkapan semuanya sudah lengkap.Sungguh ketika itu, hanya sebahagian kekuatan saja yang ada. Sebahagian lagi bagaikan terbang meninggalkan saya. Saya perlu kuat!


JD300 saya lesap! Ya Allah, saya diuji lagi. Duit di bank yang saya keluarkan diambil oleh orang arab yang tidak bertanggungjawab tanpa saya sedari. Sedangkan ketika itu saya amat memerlukan wang untuk membeli tiket pulang ke Malaysia. Buntu saya. RM1500 lesap begitu saja. Saya perlukan wang untuk membeli tiket. Saya perlukan wang untuk membayar sewa bulanan rumah. Saya perlukan wang untuk itu dan ini..Ya Allah..


Saat-saat akhir mengambil imtihan di Darul Quran, Allah menguji saya dengan kesakitan. Terlantar di bilik. Tidak boleh makan. Tidak mampu bangun. Paling perit tidak mampu bercakap. Ketika itu saya harus berjuang mengambil imtihan. Dalam masa yang sama,saya juga harus kuat melawan sakit. Ya Allah, benar ujianMu sangat berat.


……………………………………………………………………………………………………………


Saya yakin,ujian yang Allah datangkan bukan untuk melemahkan kita. Tapi sebagai peringatan buat kita. Tanda sayang Allah kepada kita. Dia mahu kita lebih tabah,lebih kuat.


 Maksud firman Allah :  [Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?] (Al-Ankabut : 2-3)




Ujian kita berbeza-beza. Ada yang diuji dengan kehilangan harta benda. Ada yang diuji dengan kehilangan ahli keluarga tersayang. Ada yang diuji dengan sakit dan bermacam jenis ujian lagi.


Yakinlah! Hebatnya orang yang diuji, kerna Allah masih memerhatikannya. Allah masih mempedulikannya. Beruntunglah orang yang diuji, dia bersabar. Dia mampu melihat ujian dengan ketabahan. Dia mampu membahagiakan orang di sekelilingnya walaupun berat ujian yang ditanggung.


Cuba kita koreksi, waktu ketika diri kita diuji. Hati kita sangat mudah dan dekat dengan Allah bukan? Rasa amal ibadah sentiasa dan mahu dipertingkatkan. Rasa khusyuk pada setiap amal. Sangat mudah mengalirkan air mata saat mengadu padaNya. Ya Allah, manisnya ketika waktu kita diuji. Betapa Allah campakkan rasa ‘hub’ padaNya. Campakkan rasa rindu padaNya. Maka, bersyukurlah kita kerna diuji. Jangan pernah merasa keluh,kesal bila ujian menimpa. Jangan pernah merasa dunia sempit dengan ujian yang kecil. Tapi rasailah besarnya dunia dengan kita mampu memenuhi seluruh dunia dengan kebaikan.


Dulu saya pernah menangis kerana ujian Allah yang sentiasa menjengah. Saya keluh. ‘Kenapa perlu aku yang diuji? Kenapa bukan orang lain?’. Bermacam-macam persoalan saya timbulkan. Tapi, sekarang saya juga masih menangis. Tapi kerana Allah masih mempedulikan saya. Masih mahu menguji saya. Kerna Dia masih sayangkan saya. Menangis bukan kerana keluh. Tapi menangis kerana terharu.



Ya..Saya masih menangis..
Kerna Dia masih sudi memerhatikan saya.....الله اكبر

























Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...