RSS

27 December 2012

:.Akhir.:


Tahun 2012 yang bakal berakhir.

Bagi saya, tahun yang punya bnyak kenangan. Manis mahupun pahit. Dua –duanya lengkap.

Melangkah 2013, umur saya bakal  mencecah 26 tahun mengikut tahun Masihi. Walhal ,jika mengikut kalendar Islam, saya sudah pun mencecah umur tersebut.

Alhamdulillah, Dia yang tak putus-putus memberi nikmat. 

Tak putus-putus mengutus semangat dan rahmatNya. 

Seluas lautan tak mungkin dapat dibandingkan dengan nikmat yang terlalu terlalu dan terlalu banyak. Subhanallah. Alhamdulillah.

Ini semester akhir saya. InsyaAllah.

Mohon doa semua yang menjadi reader di blog saya ( itupun kalau adalah)

Doakan saya dapat buat yang terbaik exam nanti. Dapat mengambil manfaat pada ilmu yang dipelajari.  Dapat memberi manfaat juga buat orang lain.

Sempat mendengar kalam taujihat Dr Masyhur dan Dr Ali Fawwaz ketika bertemu mereka di bilik pensyarah. Kata-kata mereka umpama butiran permata. Terasa menusuk terus  ke hati. MasyaAllah. Semoga Allah merahmati mu’allim-mu’allim yang mengajar kita.

Teringat kata-kata Dr Solah al Khalidi ketika hadir ke Mu’tah , berbual bicara bersama pelajar Malaysia di sini  ‘Letakkan matlamat hidup kamu untuk mendapat Ridhwanallah’.

Dunia bukan matlamat utama. Andai dunia menjadi tempat teratas, kita akan merasa umpama ‘mati’ bila habuan dunia yang dikejar tidak di tangan. Bila Akhirat tujuan teratas, hati kita lebih mudah redha bila kehilangan sesuatu. Lebih sabar bila diuji sesuatu (pesanan buat saya sebenarnya T_T ).

7 Januari 2013 – Hadharah Islamiyah
9 Januari 2013 – Fiqh Uqubat 2
10 Januari 2013 – Firoq fi tarikh islamiyyah
12 Januari 2013 – Dirasat Nahwiyah 1
13 Januari 2013 – Nizomul HUkum fil Islam
…………………………………………………………………flight…………………….. T_T

p/s : beribu kemaafan andai blog ini tiada memberi manfaat kepada sesiapa. Mungkin, ini post yang terakhir. Moga bertemu di JannahNya.. Assalamu’alaikum

                             ma'assalamah...


30 November 2012

:.Aku, Kayu dan Daun.:


Saat kaki makin hampir sampai ke penamat

Saat itulah duri semakin banyak menghalang

Jatuh! Kemudian bangkit. Menapak semula!

Jatuh lagi! Bangkit semula. Terus ke hadapan!

Dan jatuh lagi! Saat ini diri memandang tanah

Pandangan kosong

Pandangan untuk melihat kejayaan di hadapan makin pudar

‘Aku tak mampu!aku lemah!aku memang tak kan sampai ke penamat!’ monolog diri sendiri

Entah berapa banyak air matanya yang jatuh,tidak mampu dihitung

………………………………………


Bahunya disentuh

Tangannya ditarik

Matanya terus memandang siapa gerangan

‘Ayuh bangkit. Kita masih punya masa. Aku akan membantumu’ sambil menghadiahkan senyuman

‘Siapa kau?dari mana kau datang!?’

Sepi…

‘Aku lah dirimu. Dirimu yang dulu bersemangat. Pernah hebat menepis ujian. Aku juga sahabatmu. Aku datang dari dalam dirimu. Tadi aku berlawan dengan si ‘putus asa’. Akhirnya aku berjaya. Kini aku ingin kembali bersamamu hingga ke penamat. Mari!’

Senyum. Air mata diusap. Kayu di tepi dicapai lalu dijadikan tongkat. Kaki berdarah dibalut dengan  daun-daun besar di tepi.

Bangun. Dan dia terus melakukan langkah.

Sejengkal  lagi hampir ke penamat. Dia jatuh semula!

Namun dia tersenyum.

‘Aku masih punya tongkat tuk berpaut. Balutan darahku masih elok. ‘sahabat’ku sentiasa menemani ^^,

Bangkit. Terus melangkah.!Sehingga sampai ke penamat.

Alhamdulillah. Wal hamdulillah.

Lantas dia sujud syukur.

[kayu & daun =  Itulah sahabatnya. Dulu yang hanya dipandang sebelah mata. Merasakan mereka tiada memberi manfaat. Tapi akhirnya, sahabat itu jugalah yang diambil. Menjadi pemaut sehingga sampai kepada kejayaan.]

-Salam saiyyidul ayyam. Jumuah Mubarakah. Terus berselawat -







29 October 2012

:.Korban Tanda Cinta.:


الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد

26 oktober 2012/ Jumaat

Laungan takbir bergema. Tanda membesarkan Allah yang Maha Esa,Maha Kuasa. Tanda hari raya buat seluruh ummat Islam. Eidul Adha.

Eidul Adha di sini! Bumi barakah ,Mu’tah Jordan. Ini kali terakhir. Hari yang bakal saya rindu. :’(

Alhamdulillah

Kerna Dia sering memberi yang terbaik buat hambanya
Jangan kita sedih bila doa tidak dimakbulkan atau  ujian datang bertimpa-timpa

Kerana yakinlah, Allah sudah menyediakan masa yang terbaik

Untuk hambanya menerima  segala kejayaan, kebahagiaan yang tertunda

Percayalah ! [memotivasikan diri sendiri sebenarnya  T_T]

Sungguh besar  pengorbanan Nabi Ibrahim sebagai seorang bapa , apabila sedia menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya.

Besar juga pengorbanan Nabi Ismail saat redha dengan ketentuan bahawa dirinya akan disembelih oleh ayahnya sendiri melalui perintah Allah.

Malah tidak kurang juga besarnya pengorbanan siti hajar saat ditinggalkan bersama anaknya sendirian , jauh dari manusia.

Subhanallah T_T

Korban itu tanda cinta. Cinta si pencinta kepada sang Pencipta cinta. Andai saya berada di tempat mereka, belum tentu saya mampu.


Semoga Allah redha. Semoga Allah terima. Semoga Allah ampunkan .

Buat sahabat-sahabat, mohon maaf salah silap keterlanjuran kata-kata. Buat kalian terasa hati, buat kalian menangis, buat kalian bersedih. Maaf. Maaf. Maaf. Kalian sahabat paling terbaik. Cermin terbaik, penasihat terbaik, moga Allah membalas setiap jasa kalian. Allahumma amen.

Ini nota raya terakhir saya di bumi anbiya’!

p/s : ahli bayt busyraa lama+ahli bayt busyraa baru = TERBAIK ^^,





28 September 2012

:.Nota Kecil.:


Saya membelek-belek buku ‘nota kecil’ berwarna biru. Di situlah tertulis impian saya , carta hidup saya ,kalendar harian saya dan macam-macam lagi.

‘Sekarang dah akhir bulan 9. Tak lama lagi nak masuk bulan 10. Dan tak lama lagi dah nak tinggalkan Jordan!’ saya bermonolog sambil menghabiskan menulis jadual.

Rasa bagaikan tak percaya. Terasa saya baru saja menjejakkan kaki ke bumi Mu’tah, Jordan. Transit di rumah kakak senior, bertatih bercakap arab dengan ammu kedai , berbuka puasa di rumah arab dan macam-macam lagi. 

Tapi, sekarang saya akan meninggalkan bumi Mu’tah kurang dari 5 bulan dari sekarang. Ya Allah ! T_T

Singkatnya masa. Dulu terasa ingin cepat-cepat pulang ke Malaysia. Tapi sekarang, hati saya sayu.

Bakal meninggalkan dataran  barakah. Bakal berjauhan dengan para syuhada’ yang tertanam jasadnya di sini. Saya pasti merindukan bau wangian ‘mereka’. Ujian di bumi inilah yang banyak mengajar saya erti menjadi hambaNya yang Redha dan Ikhlas. Pasti akan rindu!

Sepanjang saya melalui kehidupan di atas muka bumi ini, pasti tak lari dari ujian. Namun ujian di bumi barakah ini jauh berbeza dari yang saya sangka. Mungkin Allah ingin mengajar saya menjadi tabah seperti Zaid ibn Haritah, menjadi berani seperti Ja’far At-tayyar, menjadi kuat seperti Abdullah ibn Rawahah. 
Kuatkan hati, saya tetap menerimanya dengan Redha. Alhamdulillah.

‘Akak,seronok kan akak dah nak khirij’ sapa seorang adik kepada saya.

Saya tersenyum. ‘ InsyaAllah awak,doakan’.

‘Ukhti, bulan berapa ukhti nak balik? Balik cepat-cepat tau’ suara gembira  adik saya jauh di Malaysia.

Saya sebak. ‘InsyaAllah maya,doakan ukhti’

Jawapan saya serba ringkas. Takut untuk terlalu gembira.

 Teringat pesan seorang rakan saya.

‘Kita jangan terlalu excited sangat nak khirij. Buat biasa-biasa saja. Takut-takut Allah uji akhir-akhir nanti, kita yang kecewa’.

Ye, saya mengerti. Namun,sandaran yang terbaik hanya pada Allah. Apa saja perancanganNya ,kita kena akur. Kerna perancanganNya jauh lebih hebat dari perancangan kita. insyaAllah.

………………………………………………………………….
Hebat perancangan Allah.

Dulu saya berangan-angan untuk mengambil bidang akaun selepas mendapat keputusan SPM terbaik di sekolah menengah. Cita-cita saya kuat untuk sambung bidang akaun. Cikgu-cikgu juga sangat memberi galakan.Namun hasrat sedikit terhalang.

‘Kamu hafal Al Quran dulu, baru lepas tu sambung akaun. Buya nak, semua anak-anak buya hafal Quran’. Tegas buya bila saya menyuarakan hasrat.

Akhirnya saya akur. Di Darul Quran saya sendiri. Tiada sahabat pun dari sekolah lama yang mengikut. Saya tak rasa saya mampu di sini. Menghabiskan 30 juzuk. Kadang-kadang saya memberontak dalam hati.

Namun, takdir Allah mampu mengubah segalanya. Alunan Al Quran yang sering bergema di bumi barakah Darul Quran, membuatkan cinta saya di bumi barakah ini makin kuat. Hati keras menjadi lembut. Mata yang sukar menitiskan air mata, akhirnya menitiskan juga air mata ‘ego’ yang lama terpendam.

Teringat satu firman Allah : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)

Alhamdulillah. Rupanya ini hikmah yang Allah simpan. Selepas ke Darul Quran,saya dapat meneruskan perjuangan di bumi barakah syam, Jordan. Rupanya dengan jalan yang asalnya saya tidak suka, jalan itulah yang membuka saya jalan kepada jalan kejayaan sekarang. Ya Allah, Alhamdulillah.

Terimakasih kepada buya yang membantu dalam ‘perancangan’ hidup saya sehingga saya mampu sampai ke sini.

Dan sekarang, perjalan saya di bumi Jordan bakal berakhir. T_T

Ya Allah, semoga ada rezeki untuk ku ke sini lagi. Moga ada rezeki untuk ku berjiran dengan para syuhada’. Moga ada jalan untuk ku ‘menetap’ di bumi yang Kau makbulkan doanya..

Memanfaatkan masa yang berbaki.

“ Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik daripada banyak yang melalaikan! ”




08 September 2012

:.Kehidupan Itu Luas.:


Putaran hidup di dunia umpama roda. Kadang- kadang kita berada di puncak teratas. Kadang-kadang juga kita berada di hujung paling bawah. Itulah adat kehidupan. Redha!
Dunia ini sempit saja. Cuma kehidupan itu yang luas.

Semakin hari semakin banyak yang saya perlu belajar. Tak mudah untuk dapatkan SYURGA Allah. Kerna SYURGA Allah sangat mahal harganya. Cuma perlukan sedikit ketabahan untuk sentiasa istiqamah.

:’)

Positif! Tabah! Redha!

Yok! Jadi HambaNya yang superMuslim!


[kadang-kadang, dengan menulis sesuatu yang terlintas membuatkan ringan sedikit ‘beban’ . Allahu Akbar. Kau mendatangkan sesuatu ujian, Kau jugalah yang mendatangkan jalan penyelesaiannya. Sayang Allah :’) ]






17 August 2012

:.Hadiah Terindah.:


Alhamdulillah.

Dalam-dalam saya menarik nafas. Lega. Syukur. Allah masih panjangkan umur saya.

14 Ogos 2012, saya masih di atas dunia. Di bumi anbiya’. Bergelar seorang muslimah. Alhamdulillah.



Gembira. Tahun ini saya masih dapat merasakan tarikh kelahiran saya disambut dalam bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi, kali ini lebih special. Jatuh pada 10 malam terakhir. 26 Ramadhan, dan malamnya pula adalah malam ke-27. Subhanallah T_T
Seperti sebelumnya, hari kelahiran saya juga  jatuh pada bulan Ramadhan juga. Alhamdulillah.

14 Ogos 2010 -Sayu bacaan imam masjid di Mazar membuat hati saya getar. Wangian dari maqam syuhada’ menusuk hidung saya saat menziarahinya selepas solat.  Saat itu saya merasakan, mampukah saya berjuang seperti syuhada’ yang Allah telah janjikan syurga buat mereka? Umur yang Allah bagi pada saya, adakah ada keberkatan?adakah saya gunakan dengan sebaiknya? T_T

14 Ogos 2012- Sayu bacaan Dr Tolib Suroirah di masji Hussein. Masjid yang berada di dalam jami’ah.Malam ini malam ke-27. Suasana masjid di Jordan hidup. Semua masjid melakukan qiamullail berjemaah pada malam ini. Di mana-mana sahaja.Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan beberapa orang rakan sempat bersama mereka. Ini kali terakhir Ramadhan di bumi Jordan. Dan inilah hadiah terindah sempena hari kelahiran saya.T_T

Berbaki satu semester untuk saya berjuang di sini. Mujahadah perlu lagi kuat. Saya ada target sendiri. Target untuk memberi ‘senyuman’ buat ummi dan abuya. Biarpun mehnah dan ujiannya kadang-kadang pernah buat saya ‘jatuh’ seketika. Terus doakan saya.  Berbaki hampir 5 bulan saja lagi.

"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."

-Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.



Ramadhan juga berbaki beberapa hari saja lagi. Mungkinkah kita akan bertemunya lagi? Wallahua’lam. Andai ada peluang lagi, semoga Ramadhan akan datang lebih baik dari sebelumnya. Andai kita tiada peluang bersama Ramadhan akan datang, semoga keampunan Allah bersama kita. Amen…

Salam kemaafan daripada saya. Buat yang mengenali saya ataupun tidak. Andai blog ini tiada memberi apa-apa manfaat buat yang membaca, mohon kemaafan. Saya tak mampu jadi seperti orang lain. Sekadarnya saja perkongsian yang saya mampu beri. Sejarah kemunculan blog ini pun, hasil ‘pujukan’ seorang sahabat kepada saya :) .

Andai saya tiada lagi di dunia nanti, semoga sedikit manfaat yang ada dalam inilah yang akan mengalirkan pahala buat saya. Yang sentiasa dibaca-baca oleh kalian. Doakan saya. Maafkan saya. Jazakumullahu khaer.

"Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal."
(As-Syura : 36)




Ummi , terimakasih kerana susah payah melahirkan ukhti. Terimakasih kerana sudi membesarkan ukhti dengan kasih sayang. Terimakasih kerana sabar dengan kenakalan anakmu ini.  (semoga ummi ampunkan dosa-dosa saya yang lalu. Sangat banyak . Em.. T_T )

Abuya, terimakasih atas tarbiyah yang diberikan. Sejak dari kecil hingga sekarang tak putus-putus tarbiyahnya. Maafkan ukhti juga.. T_T

….tak mampu untuk teruskan menaip..Sebak..

Wallahua’lam..fi amanillah..




10 August 2012

:.Sekejapnya Kau hadir.: :’(

Saat berlalunya masa sangat tidak kita sedari. Menanti tibanya Sya’ban , kita tertunggu-tunggunya di bulan Rejab. Menanti tibanya Ramadhan, kita tertunggu-tunggu di bulan Sya’ban. Hinggalah kita sampai kepadanya. Ramadhan yang kita nanti-nantikan. Dan sehinggalah Ramadhan juga beransur-ansur hendak pergi :’(

Ya Allah, andai ini Ramadhan terakhir kami, moga ini jugalah Ramadhan terbaik buat kami. Mengharap diterima segala amal. Meminta diampunkan segala dosa. Memohon keberkatan pada setiap umur yang dilalui.

Saat Kau memberi nikmat, kadang-kadang kami terlupa ‘memandangMu’ ya Allah. Dunia kadang-kadang menjadi habuan utama. Astaghfirullah. Semoga dosa-dosa kami diampunkan. Saat Kau memberi ujian pula, saat itu baru kami belajar erti syukur. Belajar menjadi makin tabah. Saat itu jugalah dunia kami ketepikan.

 Ya Allah, moga Kau ampunkan juga dosa kami lagi.

.................................................................................................

Berbaki beberapa hari saja.

Bakal rindu T_T

Mungkinkah aku akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Mungkinkah aku akan bertemu sang Lailatul Qadar.

Mungkinkah aku akan istiqamah pada kebaikan sehingga 11 bulan akan datang.

Mungkinkah aku akan mendapat keampuananMu ya Allah.

Allahuakbar!

-kita belum tentu akan menjadi bakal pengantin, tapi sudah tentu akan menjadi  bakal jenazah- :’)


~Harap ampunan Allah.. Gapai redhaNya..Capai cintaNya..~

14 July 2012

:.Kematian Suatu Peringatan.:

Sungguh kematian itu datang sebagai satu peringatan.


 Kita tak mungkin berkata kepada  malaikat yang sudah bersiap sedia untuk mengambil nyawa kita atas suruhan Allah , ‘nanti dulu! bagi aku masa sehari. Aku perlu selesaikan semua urusan yang masih belum selesai’.

Bolehkah?

Andai kita tahu kematian akan  menjemput, di mana? bila? bagaimana? pasti sudah dari awal kita bersiap sedia menghadapinya. Tapi , bukan kuasa kita mengetahui semua itu. Selayaknya adalah hanya Allah saja yang mengetahuinya. Dan seharusnya persiapan itu sudah bermula dari dulu dan bukan berhenti dari sekarang.

Firman Allah :
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

‘Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya’ (surah al-a’raf:34)


2 hari berturut-turut saya menerima berita kematian insan yang amat saya kenal. Ustazah bahasa arab yang sangat rapat semasa di maahad dulu dan sahabat satu batch ketika di Darul Quran. Sungguh kematian itu tak mampu ditangguh walau sesaat. Orang Mukmin harus percaya dan redha! Mari sama-sama doakan semoga Allah tempatkan mereka bersama kalangan orang yang soleh. Ameen.

Pernah seorang sahabat berpesan ‘ kita duduk di luar negara, kedua-dua pihak harus redha pada apa-apa kemungkinan yang akan berlaku. Sama ada kita atau mereka di sana yang akan dipanggil dulu’. Benar.

Andai saya yang dipanggil dulu, semoga mereka redha dengan pemergian saya. Andai mereka pergi dulu, saya juga harus redha dengan pemergian mereka. Ya Allah, Kau berhak mengambil semula pinjamanMu. Sampai habis tempoh, barang yang dipinjam harus dipulangkan pada Pemiliknya. Betulkan sahabat?

Semoga kita tergolong dalam golongan yang meninggal dalam husnul khatimah. Meninggal pada hari yang baik, keadaan yang baik dan pengakhiran yang baik. Terus berdoa, terus berusaha menjadi hamba yang terbaik buatNya.

“Dunia itu satu perjalanan yang harus kita tempuhi, sehinggalah kita menemui tempat pengakhiran terakhir iaitu Akhirat yang kekal abadi”

Salam Ramadhan yang bakal kunjung. Moga kita menjadi tetamunya. Terus memecut laju dengan amalan-amalan soleh. Moga kita bisa bertemu dengan  Allah dengan keadaan suci bersih dari noda. InsyaAllah..Allahuakbar!


30 June 2012

:.Kata-kata memujuk daripadaNya.:





Al Quran ini nampak lama. Cover nya juga hampir luruh. Helaian-helaian di dalamnya ada yang hampir-hampir tercabut. Tapi saya sayang Al quran ni. Bermula saya di Darul Quran saya sudah menggunakannya. Kira-kira sekarang sudah hampir 7 tahun. Coretan-coretan tasmi’ bersama ustaz masih ada lagi. Catatan-catatan tempat-tempat kesalahan bacaan saya juga masih jelas. Ayat-ayat mutasyabihat juga saya selitkan pada ayat-ayat yang hampir serupa.

‘Tak nak beli Al Quran baru? Sekarang ada macam-macam warna. Cantik’

‘em..saya belum lagi bersedia ‘menukar’ Al Quran lama saya. Biarpun ianya lama,tapi isinya tetap sama.

Kalamullah yang kekal hingga ke hari akhirat. Sia-sia juga andai Al Quran bertimbun di rumah, tapi tiada pembacanya’

Sahabat-sahabat

Pernah tak satu ketika, hari kita dirundung kesedihan. Saat itu kita merasa sangat-sangat lemah. Ujian yang berat seolah-olah tak mampu ditanggung. Apa yang akan kita lakukan selepas itu? Menangis? Memberontak? Larikan diri? Berkongsi dengan rakan?

Jawapan paling tepat ialah bacalah Al Quran. Capai dan bukalah helaian mana-mana pun. Saat kalian membaca, pasti akan ada ayat-ayat memujuk dari Allah. Tak percaya?cubalah..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Allah sangat baik. Saat kita menangis teresak-esak, diselak sahaja Al Quran ada kata-kata memujuk dariNYA. Subhanallah.  T_T

Saat kita mendengar alunan ayat-ayat Al Quran juga, pasti hati kita lebih mudah tersentuh. Betulkan? Rasa tenang, damai. Seolah sedang berehat di tepi pantai, dengan alunan ombak. Dan tanpa gangguan sesiapa! Malah lebih tenang dari itu.

Allah sangat baik pada hambaNYA. Biarpun kita mengadu beribu aduan, tetap Dia sudi mendengar. Sekalipun kita hanya mengingatiNYA saat susah sahaja, namun Dia tetap mengingati kita tanpa mengira waktu. Ya Allah, malunya kita sebagai hamba. Bila mahukan sesuatu baru meminta. Bila ditimpa sesuatu baru meminta.

Ayuh bangkit! Berubah !

Mulakan setiap hari kita dengan membaca Al Quran.

Saat kita ditimpa ujian, cepat-cepatlah menyelak Al Quran. Pasti ada ‘hadiah’ dariNYA.

Jadikanlah Al Quran itu sentiasa di hati. Andai mampu, mulalah menghafaz walaupun satu surah yang hanya punya 3 ayat.

Kerna Allah itu menilai setiap usaha  kita. Bukan sekadar melihat hasilnya.

Baiknya Allah T_T

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!

19 June 2012

:.Tiada Tajuk.:

18 Jun 2012

Hari ini hari ke2 untuk fasal soifi. Kelas masih belum bermula. Katanya Dr sibuk menguruskan haflah khirrijin hari ini. Bosan pula rasanya duduk saja di dalam bilik. On Facebook, baca komen-komen orang, baca pesanan mesej yang sampai, baca berita tentang kemenangan calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohd Morsi.

Selesai. Tak tau dah nak buat apa. Nak mula study, belum punya mood...

“Nak sapu bilik sat la,” tiba-tiba saya punya idea untuk mengisi masa kosong. ^^,

Pagi ini saya belum lagi mengulang sambungan juz 1 dari maqra’ yang pertama. Sengaja saya mengulang dari maqra’ yang belakang, supaya tidak mudah terlupa dan sengaja ambil mood baru. Jadi, sambil-sambil menyapu bilik, boleh juga saya mendengar ayat-ayat cinta dari Allah. Folder Al quran di perisian laptop dipilih. Surah Al Baqarah , bacaan syeikh masyari di enter! Bismillahirrahmanirrahim~

Lega. Siap !

Tapi masa masih banyak lagi. Punya banyak lagi masa kosong. Tiba-tiba hati saya rasa sayu. Melihat gambar keluarga, membuat rindu makin menebal. Baru beberapa hari melepaskan rindu pada ummi, abuya dan adik-adik. Hanya mendengar suara.  Hampir seminggu lebih saya tidak menelefon mereka. Maka, banyaklah cerita-cerita daripada mereka.

Bercakap dengan ummi, tak lekang dengan katanya ‘ummi sentiasa doakan kamu. Jaga diri baik-baik. Kepala, dada, sakit lagi ke?’. Setiap kali kol, saya berusaha untuk jadi orang pertama bertanya khabar  selepas memberi salam kepada ummi, tapi ummi telah mendahului. Maka jadilah saya orang kedua. Takpelah , boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Abuya pula sentiasa tak lepas kata-kata pengisian rohani daripadanya. Paling tak berubah dari dulu sampai sekarang, mesti sembang dalam bahasa Arab! Takde bahasa Melayu, takde bahasa Indonesia. Nak tak nak, berusaha juga menyampaikan sesuatu dalam bahasa Arab sekalipun ada juga dibetulkan nahu sarafnya.huhu.. Tapi, kadang-kadang ada juga selit bahasa Melayu bila dah tak tau nak sampaikan dalam bahasa Arab. Takpe, dimaafkan! Boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Bersembang dengan adik-adik ada saja ceritanya. Tentang sekolah, aktiviti, program dan sebagainya. Comel je diaorang ni. Bila dah penat bercerita mula lah pas telefon pada orang lain sambil cakap “ukhti cakap dengan abang pulak lah” ataupun “ukhti, abang nak cakap ni”.. huhu.Rindu!

Tapi..

Ada juga berita sedihnya. Tabah saja ummi menyampaikan. Qarnain juga. Sambil mendengar, terasa juga ada air mata yang jatuh. Tapi cuba juga saya untuk cover, takut ummi perasan. Ni yang saya tak sabar untuk balik. Bersama-sama membantu mereka dalam dakwah.

Masih ramai lagi rupanya di luar sana yang cetek pemikirannya. Bila sesuatu kebaikan itu ingin disampaikan , ada saja batu penghalangnya. Itu dan ini tidak boleh. Tapi kalau dalam perkara maksiat, boleh dibentangkan jalan seluas-luasnya. Batu penghalang yang ada boleh pulak diketepikan jauh-jauh. Ingatlah, yang hak tetap hak. Pasti kami tegakkan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Saya cuba untuk positifkan diri. Motivasi hati agar lebih tenang pada ujian-ujian dari Allah. Itu tanda sayang dariNya. Berzikir kepada Allah , hati menjadi tenang. Membaca Al Quran juga bisa membuat hati damai. Mengingati kepada  kisah Rasulullah tercinta, tidak pernah aman dari ancaman-ancaman mereka yang ingin menggagalkan seruan dakwah Nabi. Namun Nabi masih tersenyum, jalan dakwah masih diteruskan dan tidak pula membalas mereka dengan keburukan. Subhanallah, indahnya akhlak Nabi. Nak ikut cara Nabi!

“Biar seribu panah yang kalian lemparkan kepada kami, tetap kami akan tegakkan perkara yang hak,
Biar seribu duri yang kalian bentangkan, tetap kami tak gentar terus berjalan di atas jalan dakwah,
Kerna kami tahu, Allah pasti membantu. Pasti memberi rezeki. Pasti membuka jalan. Dan semestinya tidak akan memenangkan jalan yang batil"

Allahuakbar!


p/s : hari ini bersiap untuk ke kelas. ^^,  Bismillah !


Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...