RSS

12 November 2010

~Tahniah Sayangku~

Alhamdulillah, keputusan UPSR sudah pun keluar. Pastinya si kecil comelku,Mursyid Munawwar yang paling resah dengan natijah yang bakal diterima.

'salam acit..dapat berapa URSR?'
'em,ukhti tekala' , seolah ada nada sedih dalam dirinya
'mestila 5A kan..acitkan pandai' , saya ingin menggembirakan semula hatinya
'acit dapat 4 A 1 B..em,english susah' , akhirnya dia memberi jawapan..

Ketawa kecil saya mendengar jawapannya. Tak mengapa, Allah lebih tahu dan lebih berhak menentukan yang terbaik buat kita.

Tahniah sayangku..
akhirnya kamu mampu merubah diri..
mampu menyahut cabaranku...
mampu memberi sinar senyum buat ummi & abuya..
ukhti tak mampu meraikan kejayaanmu di sana...
hanya doa dari jauh ukhti kirimkan..
 

Darul Mursyideen....Nama yang diambil sempena namamu 'Mursyid'
Semoga kamu menjadi pembangkit kepada usaha dakwah ini...
Bantu 'mereka' permata hati kita...:)
~senyum mu, sentiasa menceriakan kami semua...:)  ~

~dengan nama Allah ku mulakan segalanya~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, selawat dan syukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan peluang kepadaku untuk terus melaksanakan tuntutanNya.
Masih baru. Hanya itu yang mampu saya coretkan buat pertama kalinya menjengah ke alam blog. Namun hati saya terasa tergerak untuk membuka blog dan ingin mencoretkan apa-apa saja yang pastinya bermanfaat buat diri ini dan orang lain..

~menyahut seruan junjungan besar Nabi Muhammad  :"بلـّغوا عني ولو آية". ~
Saya berpegang pada seruannya. Ilmu yang sedikit disampaikan, mudah-mudahan dapat dikongsikan pada yang ramai.

Darul Mursyideen..
Nama yang saya ambil sempena nama madrasah yang dibina oleh abuya saya bersebelahan dengan rumah. Ingin mengambil semangat daripada semangat si 'tuannya'. Usahanya dalam merealisasikan harapannya dapat saya rasakan. Betapa dia bersungguh ingin membantu masyarakat yang makin jauh dalam agama. Beribu tentangan yang datang, mampu ditepisnya dengan sabar. Saya kagum dengannya. Anak dagang yang mampu berdikari hidup di negara orang. Tanpa punya sesiapa di sini. Kami hidup merantau. 

Ummi....Tulang belakang yang kuat baginya. Sentiasa memberi sokongan. Kami anak-anak ummi & abuya juga sentiasa memberi sokongan. Usaha dakwah ini perlu diteruskan!

~ abuya memberi sedikit tazkirah kepada ahli jamaah yang hadir~
 قال تعالي :فذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين


tekad 'kami' (abna'ilmuchtar) ------> mencari ilmu sebagai bekalan + bersama-sama menggerakkan Darul Mursyideen~ InsyaAllah.....


~ rentak jariku bermula di alam maya~

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...