RSS

28 February 2011

::Hati kecil sufisyaheedah::


Cinta Mu ya Allah
Melebihi segalanya
Seluruh nyawaku, kutaruhkan untukMU

Wahai manusia di luar sana
diriku bukan menolak cinta manusia
tapi aku gerun dengan cinta manusia
Cinta Allah tenggelam dek timbunan cinta manusia
Membutakan manusia yang dulunya celik
Hak Allah diketepikan kerna menuruti hak manusia
Yang penuh dengan hawa nafsu

Ketegasanku pendirianku
Biar diriku tegas , asal diriku tidak tewas
Wahai manusia di luar sana
biarpun kalian mencemuh diriku
kalian katakan  aku kolot
kalian katakan aku hipokrit
Aku tegar dengan pendirianku
Tak kan pernah berubah walau darah ditaruh

Cinta Mu ya Allah
Melebihi segalanya
Seluruh nyawaku, kutaruhkan untukMU

Cinta manusia pasti akan kuterima jua
bila sampai saatnya yang tepat……

video


07 February 2011

:.Hikmah Yang Tersingkap:.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan kejadian rusuhan yang berlaku di Mesir. Saya yang baru mendapat tahu hal ini agak terkejut. ‘Ya Allah,inikah hikmah yang Kau sembunyikan selama ini?’ hati saya berbisik. Lafaz syukur pastinya menitip di bibir kerana saya terselamat daripada terkandas  dalam kesulitan rusuhan di Mesir. Itulah dia hikmah disebalik 14/1/2011. Satu tarikh yang pernah saya ,abang dan adik merancang untuk bercuti bersama di Mesir sehingga 29/1/2011. Perancangan Allah sungguh hebat! Subhanallah! Dia tidak mengizinkan diri ini pergi, kerana tahu diri ini tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi genting di sana. Andai saya ‘lepas’ ke sana, pasti akan menambahkan kerisauan ayah dan bonda di Malaysia. Kerna jika diikutkan, tarikh rusuhan berlaku ketika saya dijangka masih berada lagi di Mesir andai saya jadi ke Mesir.Mereka berdua [akhi zulkarami & zulhusnayain] yang di sana sudah cukup merisaukan mereka, jika ditambah dengan saya pasti lebih dan lebih merisaukan mereka. Ucapan syukur sekali lagi dipanjatkan . Alhamdulillah.
Namun, walaupun saya terselamat daripada kekalutan yang berlaku di Mesir, hati saya masih bimbang dan risau. Setiap hari tidak lepas memikirkan abang dan adik di sana. Tidak lupa juga rakan-rakan Jordan yang masih terkandas di sana. Setiap perkembangan pelajar Malaysia di Mesir saya ikuti. Laman http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ sentiasa menjadi pautan saya untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini. Setiap masa yang ada, pasti saya akan berusaha menghubungi adik dan abang untuk mengetahui keadaan mereka seterusnya untuk disampaikan kepada family di Malaysia.

Sedikit ringkasan berkaitan rusuhan yang berlaku di Mesir :
Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi Tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Atas dasar inilah rakyat Mesir bangkit bersama-sama untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.
Rusuhan berlaku merata-rata tempat. Orang awam bertempur dengan polis dan tentera. Ramai terkorban dan ramai yang cedera parah. Kerajaan Mesir pula  menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Ini menyukarkan orang ramai untuk berhubung.Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu mereka di sana. Lebih 5000 orang banduan pula telah terlepas dari penjara. Semua ini pasti merisaukan lagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Mesir


Berbalik pada kisah saya, antara detik-detik cemas yang berlaku :


Adik saya mempunyai masalah pada pasportnya. Passport yang ditinggalkan di jawazat tidak dapat dipastikan ‘keselamatannya’. Sama ada terbakar, musnah atau sebagainya. Jalan penyelesaian adalah perlu membuat passport yang baru untuk lepas ke Jeddah iaitu pusat transit. Masalah tidak terhenti di situ saja, disebabkan dia memiliki passport Indonesia, ini memerlukannya untuk berurusan di Kedutaan Indonesia Mesir. Saya sebaik mendapat tahu masalahnya terus mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya. Mencari nombor-nombor yang boleh dihubungi. Sudah berhasil mendapat nombornya, namun gagal dihubungi pula. ‘Ya Allah’, saya melepas lelah. Apa lagi jalan yang boleh saya bantu? Andai tidak, pasti dia akan dibawa semula ke Shoubra , tempat kediamannya. Bahaya! Sepanjang jalan polis memeriksa passport atau data-data diri sesiapa yang melaluinya. Rusuhan pula semakin menjadi-jadi. Saya pula sudah kehabisan kredit untuk menghubunginya. Hendak topup, dompet pula kosong ^^,. Ya Allah!Tunjukkan aku jalan.

Kepala jadi berdenyut-denyut. Mungkin kerana terlalu lama menghadap laptop. Akhirnya saya terlelap dek kerana ‘keletihan’. Laptop masih on tidak ditutup. Facebook danYahoo Messenger juga masih on. Menanti khabar-khabar baru.

Sabtu 5/2/2011 – 3 a.m
Saya terbangun. Mata terus terpandang komen di status fb milik  adik. ‘Alhamdulillah’, lafaz syukur saya panjatkan. Akhirnya ada jalan Allah beri. Melihat berita gembira yang disampaikan oleh kawannya , melegakan saya. Akhirnya abuya juga yang berhasil membantu,  bertemu muka dengan Ketua Menteri Melaka untuk meminta bantuan. Segala-galanya dengan izin Allah….Alhamdulillah….
…………………………………………………………….
Akhi zulkarami dan zulhusnayain Alhamdulillah kedua-duanya selamat sampai di Jeddah. Semoga segala urusan selepas ini dipermudahkan Allah. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang membantu. Nur Islam , Qaseh Qaleesya & kak Sabeela yang  sentiasa membantu menyampaikan maklumat dengan cekap ^^, dan  juga prof_muslimah88 yang membantu untuk sponsor kredit ^^,. Semoga Allah membalas jasa kalian. Buat ummi  & abuya, kalian penguat semangat kami di perantauan.  Dengan jasa kalian juga dapat menyelesaikan masalah kami dengan izin Allah
          ….Alhamdulillah…Benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah dalam FirmanNya :
                                               (     * إن مع العسر يسرا * فإن مع العسر يسرا   ) 
                                                                        Surah al Insyirah ayat 5-6
Maksudnya : Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan


.......maka.bersangka baiklah dengan setiap ujian Allah.....Subhanallah………………..


:.akhi & rakan-rakannya di kawasan Mansourah:.

:.berdiri teguh di hadapan kereta kebal ^^, [berani sungguh]

:.husnayain [ni gambar time nak pegi Mesir ritu ^^,]

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...