RSS

29 April 2011

:.Sekali lagi diuji ! :.


Bertarikh 27/4/2011

‘Hari ni wajib check duit dalam bank’ saya berbisik-bisik dalam hati di sepanjang perjalanan pulang selepas habis kelas petang di jami’ah.

Sudah 2 hari saya ‘terlepas’ menunaikan janji pada abuya. Pesan abuya supaya saya check akaun selalu terlupa. Allah..Maafkan ukhti. Terlalu menyibukkan diri sehingga terlupa.

Bergegas ke Jordan Islamic Bank di pekan Mu’tah seusai kelas quran bersama ummu Muhallab.

Kad HSBC saya masukkan. Tekan menekan sehingga la saya menekan JD300 untuk membuat pengeluaran. Lama. Lama menunggu. Syabab arab di belakang saya menyuruh saya cepat. Sepertinya ada keperluan segera. Saya serba salah. ‘Mane duit tak keluar ni?’ saya berbisik. Sambil bertanya dengan rakan-rakan yang berdekatan.

‘Tak boleh kot’

‘Mungkin proses tadi tak jadi’

‘Selalu tak lama macam ni’

Saya serba salah. Arab dibelakang seperti punya masalah yang perlu disegerakan.  Mungkin perlu keuarkan duit segera untuk rawatan isteri yang sedang sakit. Mungkin. Saya membuat andaian sendiri. Akhirnya..

‘Tafaddhol. Anta awwalan’
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
JD300. Saya menaip untuk kali kedua. Akhirnya Berjaya. Alhamdulillah.
Saya beredar dari kawasan bilik kaca di Jordan Islamic Bank. Tiba-tiba hati saya ragu-ragu. Cemas. Berdebar. ‘Tak kan duit tak keluar tadi?pelik’ saya sengaja bertanya pada rakan saya.

‘kak fuzah check balik. Untuk lebih puas hati’ sarannya

Bergegas saya masuk semula untuk memastikan semula baki duit.
Enter password …..checking balance…..berkurang! JD600 sudah dikeluarkan!

Ya Allah. Saya terpaku. Rakan saya memandang sedih. Ujian berat kali kedua yang saya terima untuk tahun ini! JD 300 kalau di tukar ke duit Malaysia = lebih kurang Rm 1300

Lama saya berdiri di tempat tadi. Hanya berdiri dengan harapan si syabab arab tadi datang memulangkan. Hampa. Tiada kelibat.

Sabar. Semoga Allah menjadikanku orang yang bersabar. Saya mempositifkan diri. 

‘Tak pe fuza,ada hikmah semua ni’

‘Tak kan nak sedih dengan kehilangan harta dunia?semua tu boleh dicari lagi’

‘Utamakan ganjaran akhirat dari habuan dunia’

Akhirnya saya tersenyum. Dunia oh dunia. Andai manusia gilakan habuan dunia,pasti akan gila juga bila kehilangan habuan dunia.
Abuya sempat berpesan selepas saya memaklumkan ‘kes’ ini

‘Inilah kehidupan. Sentiasa diberi ujian. Redha dengan apa yang berlaku’

‘Kalau kita ambik pengajaran dan manfaat atas ujian yang berlaku,baguslah kita. Tapi kalau lepas diuji kita tetap yang sama.tiada perubahan,tiada langkah hati-hati,sia-sia saja’

Ringkas sahaja nasihatnya. Tiada nada marah. Hanya nasihat berhikmah buat saya agar lebih berhati-hati.
Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah. Dengan ujianMu membuatku makin kuat. Dengan ujianMu menjadi kayu ukur kesabaranku di tahap mana. Dengan ujianMu lebih menjauhkan hatiku dengan habuan dunia. Alhamdulillah.

Allah berfirman, ''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (Surah an Nahl : 18).

Allah juga berfirman, ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (Surah Ibrahim : 7).




23 April 2011

:.Barakah di pagi Juma’at :.



22/4/2011, Juma’at, Masjid Ja’far at Tayyar

‘Wahai anak,apa kabar?’ sapa seorang wanita lingkungan sebaya dengan ummi saya sambil mengukir senyuman. Namanya Ummu Muhammad.
‘Alhamdulillah,baik’ saya membalas  ringkas dengan senyuman.
Perbualan kami terhenti di situ. Saya mengambil tempat di belakang bahagian tengah masjid, manakala dia mengambil tempat di posisi yang berbeza. Tasbih di tangannya sentiasa bergerak mengikut alunan zikir di mulutnya. Saya mencapai al Quran kesayangan saya sambil mencari-cari surah untuk di  i’adah. Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Saat saya melangkah masuk ke masjid Ja’far at Tayyar di Mazar, rasa sayu menjengah. Mungkin kerana terlalu lama tidak menjejak di sini. Sudah lama tidak datang menziarahi pahlawan-pahlawan yang bersemadi berdekatan dengan masjid Ja’far at Tayyar. Allah.
Hari ini saya akan bersolat juma’at di sini. Tidak pernah lagi saya merasa untuk solat juma’at . Hari ini waktunya. Tambahan pula, khutbah akan disampaikan oleh syeikh Habib Omar yang datang dari Tarim, Hadramaut di Yaman.Subhanallah. Saya ingin mendengar sebaiknya pesanan darinya. Saya ingin mengambil sebanyak manfaat yang dapat saya peroleh dengan kedatangannya.

15 minit sebelum azan berkumandang, si ‘ibu’ tadi datang menghampiriku yang masih menyambung i’adah quran. ‘Adakah kamu belajar di sini?’
Saya menghabiskan  bacaan yang terakhir. Dengan ringkas saya menjawab pertanyaannya. ‘Saya belajar di Jami’ah Mu’tah’.
Kami berbicara sambil didengari oleh kawan-kawan saya yang berdekatan.
‘Suhanallah..jameel..’ sambil tangannya menadah dan mengucap pujian pada Allah.
‘Ameen ya rab’ saya mengaminkan 
‘Andai kamu ada masa, boleh tak datang ke rumah saya mengajar kami anak beranak tentang agama?’
Saya terdiam. Melihat kepada dirinya sahaja sudah melihatkan kehebatannya pada agama. Tapi masih merendah diri pada kami yang belajar agama. Subhanallah. Sungguh bersih hatimu ‘ibu’.
‘InsyaAllah’ jawab saya dan rakan secara ringkas.
‘Ummu Muhammad tinggal dekat sini?’ saya bertanya.
‘Tidak. 10 minit perjalanan menaiki kereta’ jawabnya sambil menggerakkan bola-bola tasbih di tangannya.
‘Biar kita penat sedikit di dunia ni, dia syurga nanti kita hanya berehat saja’ sambil tersenyum dia berbicara.
Sambungnya lagi ‘kita harus bersyukur sebab dengan rahmat Allah,kita diberi peluang duduk di masjid seperti sekarang ni. Ramai lagi yang di luar belum diberi rahmat seperti yang kita dapat sekarang ni’
Saya mendengar dengan teliti setiap butiran kata-katanya. Setiap nasihatnya pasti ada pujian terhadap Allah. Sayu. Melihat Ummu Muhammad, teringat ummi saya. Rindu nasihatnya walau sering nasihat yang berulang. Ummi :’(
Saya hanya menjadi pendengar. Ingin menyambung kata-katanya, tetapi bagai tak mampu. Takut lebih pada tangisan daripada bercakap. Saya sayu. Setiap kata-katanya masuk ke hati. Melihat ke matanya  juga saya dapat rasakan dia juga rasa seperti apa yang saya rasa. 
Satu kata-kata akhir terucap buatnya sambil memegangnya, ‘Ummu Muhammad, bila melihat kamu,mmbuatkan saya teringat ummi saya di Malaysia. Boleh tak saya anggap kamu seperti ummi saya?...saya menahan air mata dari jatuh. *segan :)  *
‘Boleh. anggap saja aku ibumu. ibu kalian’ balasnya sambil tersenyum . Saya juga tersenyum.


الله اكبر الله اكبر   …azan berkumandang..Kami berpisah sementara. Mengambil tempat. Sama-sama mendengar khutbah dari syeikh Habib Omar. Walaupun kurang memahami keseluruhan isi yang disampaikan kerana lahjah yang digunakan,  namun ada juga sedikit-sedikit yang saya fahami dari kata-katanya.

Alhamdulillah ya Allah. Kerana memberi peluang kepada ku mendapat barakah di pagi juma’at ini. Solat juma’at di Masjid Ja’far at Tayyar besebelahan dengan maqam para syuhada’. Mendengar khutbah dari syeikh Habib Omar yang salasilahnya sampai kepada Rasulullah. Dan juga mendapat ummi angkat di masjid ini. Subhanallah. Sungguh banyak nikmatMu ya Allah. Sentiasa meredakan hati hamba-hambaNya yang gelisah. Alhamdulillah

اللهم اجعلنى من الشاكرين واجعلنى من أهل خواصك يا الله 


                           

06 April 2011

~ Menyepi~

**ke mana menghilang si pemilik blog ini? **


Maaf teman-teman atas kurang keperhatian pada menulis di blog ini. Menyepi bukan bermakna tiada kisah cerita untuk dikongsi. Masa amat terbatas.


*exam yang sentiasa mengejar sedikit menghilangkan fokus saya untuk menulis di blog
*kesihatan yang kurang memuaskan juga menyukarkan untuk aktif di blog
*ada cerita tapi tidak tahu hendak mulakannya. (dengan kata lain,blur..:) )


.........InsyaAllah , selepas ini saya akan kembali 'segar' menulis di blog ini. Menyampaikan rasa, meluahkan cerita yang beribu kisah. Doakan saya. Sayang kalian lillahi ta'ala.....



p/s : sedikit cerita untuk dikongsi (tiba-tiba teringat :) )
Hati saya sangat gembira bila bertemu dengan sepupu-sepupu di Indonesia walaupun hanya di alam maya. Itu sudah cukup menghilangkan kerinduan kepada mereka. Melihat foto-foto dan status-status mereka di facebook,umpama saya sedang berada di Indonesia..huhu..mana tidaknya,kali terakhir bertemu mereka ketika saya berumur 12 tahun iaitu sewaktu menziarahi Medan, Indonesia bersama keluarga. Alhamdulillah. Allah masih pertemukan kami. Tautkan hati kami dengan ukhwah lillahi ta'ala..

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...