RSS

29 April 2011

:.Sekali lagi diuji ! :.


Bertarikh 27/4/2011

‘Hari ni wajib check duit dalam bank’ saya berbisik-bisik dalam hati di sepanjang perjalanan pulang selepas habis kelas petang di jami’ah.

Sudah 2 hari saya ‘terlepas’ menunaikan janji pada abuya. Pesan abuya supaya saya check akaun selalu terlupa. Allah..Maafkan ukhti. Terlalu menyibukkan diri sehingga terlupa.

Bergegas ke Jordan Islamic Bank di pekan Mu’tah seusai kelas quran bersama ummu Muhallab.

Kad HSBC saya masukkan. Tekan menekan sehingga la saya menekan JD300 untuk membuat pengeluaran. Lama. Lama menunggu. Syabab arab di belakang saya menyuruh saya cepat. Sepertinya ada keperluan segera. Saya serba salah. ‘Mane duit tak keluar ni?’ saya berbisik. Sambil bertanya dengan rakan-rakan yang berdekatan.

‘Tak boleh kot’

‘Mungkin proses tadi tak jadi’

‘Selalu tak lama macam ni’

Saya serba salah. Arab dibelakang seperti punya masalah yang perlu disegerakan.  Mungkin perlu keuarkan duit segera untuk rawatan isteri yang sedang sakit. Mungkin. Saya membuat andaian sendiri. Akhirnya..

‘Tafaddhol. Anta awwalan’
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
JD300. Saya menaip untuk kali kedua. Akhirnya Berjaya. Alhamdulillah.
Saya beredar dari kawasan bilik kaca di Jordan Islamic Bank. Tiba-tiba hati saya ragu-ragu. Cemas. Berdebar. ‘Tak kan duit tak keluar tadi?pelik’ saya sengaja bertanya pada rakan saya.

‘kak fuzah check balik. Untuk lebih puas hati’ sarannya

Bergegas saya masuk semula untuk memastikan semula baki duit.
Enter password …..checking balance…..berkurang! JD600 sudah dikeluarkan!

Ya Allah. Saya terpaku. Rakan saya memandang sedih. Ujian berat kali kedua yang saya terima untuk tahun ini! JD 300 kalau di tukar ke duit Malaysia = lebih kurang Rm 1300

Lama saya berdiri di tempat tadi. Hanya berdiri dengan harapan si syabab arab tadi datang memulangkan. Hampa. Tiada kelibat.

Sabar. Semoga Allah menjadikanku orang yang bersabar. Saya mempositifkan diri. 

‘Tak pe fuza,ada hikmah semua ni’

‘Tak kan nak sedih dengan kehilangan harta dunia?semua tu boleh dicari lagi’

‘Utamakan ganjaran akhirat dari habuan dunia’

Akhirnya saya tersenyum. Dunia oh dunia. Andai manusia gilakan habuan dunia,pasti akan gila juga bila kehilangan habuan dunia.
Abuya sempat berpesan selepas saya memaklumkan ‘kes’ ini

‘Inilah kehidupan. Sentiasa diberi ujian. Redha dengan apa yang berlaku’

‘Kalau kita ambik pengajaran dan manfaat atas ujian yang berlaku,baguslah kita. Tapi kalau lepas diuji kita tetap yang sama.tiada perubahan,tiada langkah hati-hati,sia-sia saja’

Ringkas sahaja nasihatnya. Tiada nada marah. Hanya nasihat berhikmah buat saya agar lebih berhati-hati.
Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah. Dengan ujianMu membuatku makin kuat. Dengan ujianMu menjadi kayu ukur kesabaranku di tahap mana. Dengan ujianMu lebih menjauhkan hatiku dengan habuan dunia. Alhamdulillah.

Allah berfirman, ''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (Surah an Nahl : 18).

Allah juga berfirman, ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (Surah Ibrahim : 7).




1 comment:

  1. sabr ye ukhti..bukan rzki ukhti..moga tabah ye.de la rzki lain pasni...

    ReplyDelete

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...