RSS

28 March 2012

:.TARBIYAH SEORANG AYAH:.




‘Cuti ni kita nak pegi langkawii’

‘Ayah kita kan, belikan kita basikal baru,seronok’

‘Kita kan…kita ini..kita itu….! ‘

Teringat saya, waktu tu saya di sekolah rendah. Saya rasa cemburu. Mereka dapat itu ini. Saya jarang merasai seperti mereka. Cuti sekolah , saya hanya duduk di rumah. Mengaji, menghafal I’rab bersama adik beradik yang lain. Bergotong-royong mengemas rumah. Full stop!

‘Kawan-kawan, hujung minggu ni kita jalan bandar nak?’

‘eh,jom kita shopping sabtu ni’

Senyum saya mendengar ajakan sahabat. Saya tau, bukan mudah saya diberi keizinan jika keluar sekadar berjalan-jalan, bersuka ria. Abuya sentiasa pesan, perempuan tak elok keluar-keluar sangat bila tidak perlu dan tak penting.

Waktu kecil, saya tak mengerti apa. Yang saya tahu, hanya mengeluh.

‘Orang lain semua pegi jalan-jalan bila cuti. Kita dok umah je’ rungut saya pada ummi.

‘Bestnya dapat jalan-jalan dengan kawan-kawan’ bisik hati saya sewaktu diajak rakan.

Bila saya semakin dewasa, saya dapat membaca tarbiyah yang si ayah dan si ibu bawa untuk anak-anaknya. Bukan tidak mahu memberi kebebasan pada anak-anaknya, tetapi ingin menjaga anak-anaknya dari terkeluar dari kebebasan yang sepatutnya.

Cuba kalian bayangkan, kalian punya seorang anak . Pasti kita sebagai ibu bapa menginginkan yang terbaik buat si anak. Tidak mahu ada cacat cela fizikal dan rohaninya. Begitu jugalah ayah ibu kita. Tidak mereka memarahi kita, kerana benci. Tidak mereka menghalang kita dari itu dan ini, kerana menyekat. Tapi , ikhlasnya mereka membimbing kita agar tidak tersasar dari jalan sebenar. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat.



Si adik kecil pernah bertanya pada saya, ‘ukhti, kita tak pegi jalan-jalan pun kan bila cuti. Kawan-kawan acit pegi jalan jauh-jauh. Bestla.’

Senyum saya.

Mana taknya, persoalan sama yang pernah terkeluar dari mulut saya juga.

‘Acit, cuti kita lagi best. Boleh tolong ummi dengan buya. Boleh mengaji al Quran banyak-banyak. Boleh belajar bahasa arab dengan abuya’

p/s :bukan tak berjalan langsung. Cuma bercuti  tempat dekat-dekat saja. ^^,


Kalian..
Jangan mengira kenikmatan dunia itu adalah yang paling utama perlu kita kecapi. Andai itu tujuan utama kita, pasti kita tak kan merasa puas apa yang kita dapat. Sesudah mendapat wang, kita berkehendak kereta besar. Kemudian rumah besar. Kemudian…& kemudian…. & kemudian….sehinggalah tiada noktahnya . Benar! Kita tak kan pernah merasa cukup andai dunia yang terutama bagi kita.

Biarlah kita bersederhana di dunia ini. Dengan harapan,kita boleh bermewah di akhirat nanti insyaAllah. Pengalaman itu kadang-kadang menjadi guru kita. Terimakasih ummi dan abuya memberi kami ‘pengalaman’ berharga sewaktu kecil. Rupanya besar hikmah yang kami dapat bila kami semakin dewasa. Makin belajar dan makin faham! Syukur ya rab!

Lucu bila diingat-ingat zaman kecil-kecil dahulu. Ada saja yang tak kena. Sekarang  saya dah mulai faham. Sekarang si ayah sudah membuka ruang kebebasan kepada si anak. Kerna dia tahu, anak-anak sudah mampu berfikir secara matang. Sudah mampu menilai baik buruk. Pergilah ke mana saja. Kerna si ayah tau, anak-anaknya sudah punya prinsip dan pendirian kukuh. Yang baik diikut,yang buruk langsung tidak didekati.Hebat tarbiyah si ayah!

Tegasnya pada kami sewaktu kecil, kerna tidak mahu kami ‘liar’ di waktu dewasa. Kerna bila semakin dewasa, semakin jauh untuk si anak mendengar nasihat ibu bapanya. Bukankah melentur buluh, biar dari rebungnya.

Jazakumullahu khaeran kathira UMMI + ABUYA. Atas KASIH SAYANG + TARBIYAH.

Masih saya teringat….
 ‘buya mintak maaf. Buya tak dapat memberi harta yang mewah untuk kamu. Tapi dengan ilmu yang tidak formal, buya mampu bagi untuk kamu. Peliharalah diri’ itulah kata-kata nasihat abuya sebelum saya berangkat ke Jordan.



02 March 2012

:.Esok.:




Hanya Allah yang tahu tentang esok. Semoga Allah menitipkan yang baik-baik buat kita semua. Melimpahkan rezeki buat kita. Memberikan kesihatan yang baik buat kita. Menjanjikan JANNAH buat kita. Ameen ya Rabbal ‘alamin.

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...