RSS

30 June 2012

:.Kata-kata memujuk daripadaNya.:





Al Quran ini nampak lama. Cover nya juga hampir luruh. Helaian-helaian di dalamnya ada yang hampir-hampir tercabut. Tapi saya sayang Al quran ni. Bermula saya di Darul Quran saya sudah menggunakannya. Kira-kira sekarang sudah hampir 7 tahun. Coretan-coretan tasmi’ bersama ustaz masih ada lagi. Catatan-catatan tempat-tempat kesalahan bacaan saya juga masih jelas. Ayat-ayat mutasyabihat juga saya selitkan pada ayat-ayat yang hampir serupa.

‘Tak nak beli Al Quran baru? Sekarang ada macam-macam warna. Cantik’

‘em..saya belum lagi bersedia ‘menukar’ Al Quran lama saya. Biarpun ianya lama,tapi isinya tetap sama.

Kalamullah yang kekal hingga ke hari akhirat. Sia-sia juga andai Al Quran bertimbun di rumah, tapi tiada pembacanya’

Sahabat-sahabat

Pernah tak satu ketika, hari kita dirundung kesedihan. Saat itu kita merasa sangat-sangat lemah. Ujian yang berat seolah-olah tak mampu ditanggung. Apa yang akan kita lakukan selepas itu? Menangis? Memberontak? Larikan diri? Berkongsi dengan rakan?

Jawapan paling tepat ialah bacalah Al Quran. Capai dan bukalah helaian mana-mana pun. Saat kalian membaca, pasti akan ada ayat-ayat memujuk dari Allah. Tak percaya?cubalah..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Allah sangat baik. Saat kita menangis teresak-esak, diselak sahaja Al Quran ada kata-kata memujuk dariNYA. Subhanallah.  T_T

Saat kita mendengar alunan ayat-ayat Al Quran juga, pasti hati kita lebih mudah tersentuh. Betulkan? Rasa tenang, damai. Seolah sedang berehat di tepi pantai, dengan alunan ombak. Dan tanpa gangguan sesiapa! Malah lebih tenang dari itu.

Allah sangat baik pada hambaNYA. Biarpun kita mengadu beribu aduan, tetap Dia sudi mendengar. Sekalipun kita hanya mengingatiNYA saat susah sahaja, namun Dia tetap mengingati kita tanpa mengira waktu. Ya Allah, malunya kita sebagai hamba. Bila mahukan sesuatu baru meminta. Bila ditimpa sesuatu baru meminta.

Ayuh bangkit! Berubah !

Mulakan setiap hari kita dengan membaca Al Quran.

Saat kita ditimpa ujian, cepat-cepatlah menyelak Al Quran. Pasti ada ‘hadiah’ dariNYA.

Jadikanlah Al Quran itu sentiasa di hati. Andai mampu, mulalah menghafaz walaupun satu surah yang hanya punya 3 ayat.

Kerna Allah itu menilai setiap usaha  kita. Bukan sekadar melihat hasilnya.

Baiknya Allah T_T

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!

19 June 2012

:.Tiada Tajuk.:

18 Jun 2012

Hari ini hari ke2 untuk fasal soifi. Kelas masih belum bermula. Katanya Dr sibuk menguruskan haflah khirrijin hari ini. Bosan pula rasanya duduk saja di dalam bilik. On Facebook, baca komen-komen orang, baca pesanan mesej yang sampai, baca berita tentang kemenangan calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohd Morsi.

Selesai. Tak tau dah nak buat apa. Nak mula study, belum punya mood...

“Nak sapu bilik sat la,” tiba-tiba saya punya idea untuk mengisi masa kosong. ^^,

Pagi ini saya belum lagi mengulang sambungan juz 1 dari maqra’ yang pertama. Sengaja saya mengulang dari maqra’ yang belakang, supaya tidak mudah terlupa dan sengaja ambil mood baru. Jadi, sambil-sambil menyapu bilik, boleh juga saya mendengar ayat-ayat cinta dari Allah. Folder Al quran di perisian laptop dipilih. Surah Al Baqarah , bacaan syeikh masyari di enter! Bismillahirrahmanirrahim~

Lega. Siap !

Tapi masa masih banyak lagi. Punya banyak lagi masa kosong. Tiba-tiba hati saya rasa sayu. Melihat gambar keluarga, membuat rindu makin menebal. Baru beberapa hari melepaskan rindu pada ummi, abuya dan adik-adik. Hanya mendengar suara.  Hampir seminggu lebih saya tidak menelefon mereka. Maka, banyaklah cerita-cerita daripada mereka.

Bercakap dengan ummi, tak lekang dengan katanya ‘ummi sentiasa doakan kamu. Jaga diri baik-baik. Kepala, dada, sakit lagi ke?’. Setiap kali kol, saya berusaha untuk jadi orang pertama bertanya khabar  selepas memberi salam kepada ummi, tapi ummi telah mendahului. Maka jadilah saya orang kedua. Takpelah , boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Abuya pula sentiasa tak lepas kata-kata pengisian rohani daripadanya. Paling tak berubah dari dulu sampai sekarang, mesti sembang dalam bahasa Arab! Takde bahasa Melayu, takde bahasa Indonesia. Nak tak nak, berusaha juga menyampaikan sesuatu dalam bahasa Arab sekalipun ada juga dibetulkan nahu sarafnya.huhu.. Tapi, kadang-kadang ada juga selit bahasa Melayu bila dah tak tau nak sampaikan dalam bahasa Arab. Takpe, dimaafkan! Boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Bersembang dengan adik-adik ada saja ceritanya. Tentang sekolah, aktiviti, program dan sebagainya. Comel je diaorang ni. Bila dah penat bercerita mula lah pas telefon pada orang lain sambil cakap “ukhti cakap dengan abang pulak lah” ataupun “ukhti, abang nak cakap ni”.. huhu.Rindu!

Tapi..

Ada juga berita sedihnya. Tabah saja ummi menyampaikan. Qarnain juga. Sambil mendengar, terasa juga ada air mata yang jatuh. Tapi cuba juga saya untuk cover, takut ummi perasan. Ni yang saya tak sabar untuk balik. Bersama-sama membantu mereka dalam dakwah.

Masih ramai lagi rupanya di luar sana yang cetek pemikirannya. Bila sesuatu kebaikan itu ingin disampaikan , ada saja batu penghalangnya. Itu dan ini tidak boleh. Tapi kalau dalam perkara maksiat, boleh dibentangkan jalan seluas-luasnya. Batu penghalang yang ada boleh pulak diketepikan jauh-jauh. Ingatlah, yang hak tetap hak. Pasti kami tegakkan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Saya cuba untuk positifkan diri. Motivasi hati agar lebih tenang pada ujian-ujian dari Allah. Itu tanda sayang dariNya. Berzikir kepada Allah , hati menjadi tenang. Membaca Al Quran juga bisa membuat hati damai. Mengingati kepada  kisah Rasulullah tercinta, tidak pernah aman dari ancaman-ancaman mereka yang ingin menggagalkan seruan dakwah Nabi. Namun Nabi masih tersenyum, jalan dakwah masih diteruskan dan tidak pula membalas mereka dengan keburukan. Subhanallah, indahnya akhlak Nabi. Nak ikut cara Nabi!

“Biar seribu panah yang kalian lemparkan kepada kami, tetap kami akan tegakkan perkara yang hak,
Biar seribu duri yang kalian bentangkan, tetap kami tak gentar terus berjalan di atas jalan dakwah,
Kerna kami tahu, Allah pasti membantu. Pasti memberi rezeki. Pasti membuka jalan. Dan semestinya tidak akan memenangkan jalan yang batil"

Allahuakbar!


p/s : hari ini bersiap untuk ke kelas. ^^,  Bismillah !


11 June 2012

:.Bahagiakan Mereka di sekelilingmu.:


Bila hati kita bahagia, pasti kita akan rasa tenang. Mudah untuk meniti hari-hari. Tiada resah, tiada gelisah.Betul kan? Tapi pernah kah kita juga membahagiakan mereka di sekeliling kita? Atau hanya kita ini nafsi-nafsi. Bahagia untuk diri sendiri sahaja? Bak kata mudahnya ‘jual ikan/ sellfish’..huhu

Oh bahagianya bila dapat membahagiakan orang lain juga! Kasih sayang itu dapat disebarkan seluas-luasnya. Bisa membuat rakan-rakan tersenyum. Mampu menyapu air mata kesedihan mereka.Menarik kan ? :). Gembira bila mereka gembira. Bahagia bila mereka juga bahagia. Subhanallah.

Kata orang, memberilah sebanyak mungkin yang kita mampu. Dengan memberi membuat hati kita semakin bahagia. Bukankah memberi itu lebih baik dari menerima? Tak semestinya pemberian itu harus dalam bentuk material. Boleh jadi juga pemberian dari segi pertolongan, kongsi rasa, kasih sayang dan sebagainya. MasyaAllah, jameel!

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah berseri” (HR. Muslim no. 2626) .

Cuti spring kali ini sangat membahagiakan saya. Alhamdulillah. Sekalipun berterusan hari-hari saya di isi dengan program, jaulah, dan sebagainya. Mungkin agak penat dari segi jasmani, tapi dari segi rohani sungguh saya rasakan keluarbiasaannya! Owsem bak kata muda mudi sekarang! ^^, [Sesekali tak lah rasa sedih sangat tak balik Malaysia..sebab takde masa kosong nak bersedih :) ]

Bersahabat dengan mereka yang positif membuatkan kita juga terikut aura positifnya. Seumpama mereka yang bersahabat dengan penjual minyak wangi, dapat wanginya.

“saya lebih suka masa saya yang sibuk daripada masa yang kosong, tanpa terisi,” luah seorang sahabat kepada saya.

“kalau kita memberi hadiah, itu akan makin menambah kasih sayang , “ kata seorang teman kepada saya.
MasyaAllah. Kata-kata mereka membuat saya tersenyum.

Bahagiakan orang lain, maka dirimu juga turut bahagia. Yok!

p/s :
-terima kasih tak terhingga buat sahabat baik saya, amirah ajazi atas ziarah anda bersama-sama rakan ke rumah saya. Terimakasih juga kerana sentiasa menyebarkan bahagia buat saya. :)
-terimakasih buat semua insan di sekeliling saya, kerna membahagiakan saya, mengajar saya erti bahagia, membantu saya membahagiakn orang lain.

Allah yujzikumullahu khaer~


                            dari kiri : aliya , amirah, izyan




                                          bayang-bayang kami :)



                                   Alhamdulillah atas nikmat ukhwah ~
                                                         





Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...