RSS

19 June 2012

:.Tiada Tajuk.:

18 Jun 2012

Hari ini hari ke2 untuk fasal soifi. Kelas masih belum bermula. Katanya Dr sibuk menguruskan haflah khirrijin hari ini. Bosan pula rasanya duduk saja di dalam bilik. On Facebook, baca komen-komen orang, baca pesanan mesej yang sampai, baca berita tentang kemenangan calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohd Morsi.

Selesai. Tak tau dah nak buat apa. Nak mula study, belum punya mood...

“Nak sapu bilik sat la,” tiba-tiba saya punya idea untuk mengisi masa kosong. ^^,

Pagi ini saya belum lagi mengulang sambungan juz 1 dari maqra’ yang pertama. Sengaja saya mengulang dari maqra’ yang belakang, supaya tidak mudah terlupa dan sengaja ambil mood baru. Jadi, sambil-sambil menyapu bilik, boleh juga saya mendengar ayat-ayat cinta dari Allah. Folder Al quran di perisian laptop dipilih. Surah Al Baqarah , bacaan syeikh masyari di enter! Bismillahirrahmanirrahim~

Lega. Siap !

Tapi masa masih banyak lagi. Punya banyak lagi masa kosong. Tiba-tiba hati saya rasa sayu. Melihat gambar keluarga, membuat rindu makin menebal. Baru beberapa hari melepaskan rindu pada ummi, abuya dan adik-adik. Hanya mendengar suara.  Hampir seminggu lebih saya tidak menelefon mereka. Maka, banyaklah cerita-cerita daripada mereka.

Bercakap dengan ummi, tak lekang dengan katanya ‘ummi sentiasa doakan kamu. Jaga diri baik-baik. Kepala, dada, sakit lagi ke?’. Setiap kali kol, saya berusaha untuk jadi orang pertama bertanya khabar  selepas memberi salam kepada ummi, tapi ummi telah mendahului. Maka jadilah saya orang kedua. Takpelah , boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Abuya pula sentiasa tak lepas kata-kata pengisian rohani daripadanya. Paling tak berubah dari dulu sampai sekarang, mesti sembang dalam bahasa Arab! Takde bahasa Melayu, takde bahasa Indonesia. Nak tak nak, berusaha juga menyampaikan sesuatu dalam bahasa Arab sekalipun ada juga dibetulkan nahu sarafnya.huhu.. Tapi, kadang-kadang ada juga selit bahasa Melayu bila dah tak tau nak sampaikan dalam bahasa Arab. Takpe, dimaafkan! Boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Bersembang dengan adik-adik ada saja ceritanya. Tentang sekolah, aktiviti, program dan sebagainya. Comel je diaorang ni. Bila dah penat bercerita mula lah pas telefon pada orang lain sambil cakap “ukhti cakap dengan abang pulak lah” ataupun “ukhti, abang nak cakap ni”.. huhu.Rindu!

Tapi..

Ada juga berita sedihnya. Tabah saja ummi menyampaikan. Qarnain juga. Sambil mendengar, terasa juga ada air mata yang jatuh. Tapi cuba juga saya untuk cover, takut ummi perasan. Ni yang saya tak sabar untuk balik. Bersama-sama membantu mereka dalam dakwah.

Masih ramai lagi rupanya di luar sana yang cetek pemikirannya. Bila sesuatu kebaikan itu ingin disampaikan , ada saja batu penghalangnya. Itu dan ini tidak boleh. Tapi kalau dalam perkara maksiat, boleh dibentangkan jalan seluas-luasnya. Batu penghalang yang ada boleh pulak diketepikan jauh-jauh. Ingatlah, yang hak tetap hak. Pasti kami tegakkan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Saya cuba untuk positifkan diri. Motivasi hati agar lebih tenang pada ujian-ujian dari Allah. Itu tanda sayang dariNya. Berzikir kepada Allah , hati menjadi tenang. Membaca Al Quran juga bisa membuat hati damai. Mengingati kepada  kisah Rasulullah tercinta, tidak pernah aman dari ancaman-ancaman mereka yang ingin menggagalkan seruan dakwah Nabi. Namun Nabi masih tersenyum, jalan dakwah masih diteruskan dan tidak pula membalas mereka dengan keburukan. Subhanallah, indahnya akhlak Nabi. Nak ikut cara Nabi!

“Biar seribu panah yang kalian lemparkan kepada kami, tetap kami akan tegakkan perkara yang hak,
Biar seribu duri yang kalian bentangkan, tetap kami tak gentar terus berjalan di atas jalan dakwah,
Kerna kami tahu, Allah pasti membantu. Pasti memberi rezeki. Pasti membuka jalan. Dan semestinya tidak akan memenangkan jalan yang batil"

Allahuakbar!


p/s : hari ini bersiap untuk ke kelas. ^^,  Bismillah !


2 comments:

  1. slm akak..smlm bru teringat lps exm nnt nak post title xda tajuk..tiba2 akk mendahului sy! hehe..akk xdpt mendahului mak akk dlm bertanya kabar tp akk mendahului sy dlm nk memilih tajuk pun ok da..doakan ea kami yg d msir ni tgh exm final qiraat..doakan sy rajin n kuat smgt utk jga quran mcm akk jg tau..rindu kak fuza n geng jordan..nnt kmslm nada n bespren nya..hehe

    ReplyDelete
  2. w'salam..huhu..yeke..ni yan kan? bittaufeeq wannajah..awak lg masyi lagi..:) insyaAllah semoga sama2 kuat mujahadah..insyaAllah akan disampaikan salamnya..^^,

    ReplyDelete

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...