RSS

23 April 2011

:.Barakah di pagi Juma’at :.



22/4/2011, Juma’at, Masjid Ja’far at Tayyar

‘Wahai anak,apa kabar?’ sapa seorang wanita lingkungan sebaya dengan ummi saya sambil mengukir senyuman. Namanya Ummu Muhammad.
‘Alhamdulillah,baik’ saya membalas  ringkas dengan senyuman.
Perbualan kami terhenti di situ. Saya mengambil tempat di belakang bahagian tengah masjid, manakala dia mengambil tempat di posisi yang berbeza. Tasbih di tangannya sentiasa bergerak mengikut alunan zikir di mulutnya. Saya mencapai al Quran kesayangan saya sambil mencari-cari surah untuk di  i’adah. Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Saat saya melangkah masuk ke masjid Ja’far at Tayyar di Mazar, rasa sayu menjengah. Mungkin kerana terlalu lama tidak menjejak di sini. Sudah lama tidak datang menziarahi pahlawan-pahlawan yang bersemadi berdekatan dengan masjid Ja’far at Tayyar. Allah.
Hari ini saya akan bersolat juma’at di sini. Tidak pernah lagi saya merasa untuk solat juma’at . Hari ini waktunya. Tambahan pula, khutbah akan disampaikan oleh syeikh Habib Omar yang datang dari Tarim, Hadramaut di Yaman.Subhanallah. Saya ingin mendengar sebaiknya pesanan darinya. Saya ingin mengambil sebanyak manfaat yang dapat saya peroleh dengan kedatangannya.

15 minit sebelum azan berkumandang, si ‘ibu’ tadi datang menghampiriku yang masih menyambung i’adah quran. ‘Adakah kamu belajar di sini?’
Saya menghabiskan  bacaan yang terakhir. Dengan ringkas saya menjawab pertanyaannya. ‘Saya belajar di Jami’ah Mu’tah’.
Kami berbicara sambil didengari oleh kawan-kawan saya yang berdekatan.
‘Suhanallah..jameel..’ sambil tangannya menadah dan mengucap pujian pada Allah.
‘Ameen ya rab’ saya mengaminkan 
‘Andai kamu ada masa, boleh tak datang ke rumah saya mengajar kami anak beranak tentang agama?’
Saya terdiam. Melihat kepada dirinya sahaja sudah melihatkan kehebatannya pada agama. Tapi masih merendah diri pada kami yang belajar agama. Subhanallah. Sungguh bersih hatimu ‘ibu’.
‘InsyaAllah’ jawab saya dan rakan secara ringkas.
‘Ummu Muhammad tinggal dekat sini?’ saya bertanya.
‘Tidak. 10 minit perjalanan menaiki kereta’ jawabnya sambil menggerakkan bola-bola tasbih di tangannya.
‘Biar kita penat sedikit di dunia ni, dia syurga nanti kita hanya berehat saja’ sambil tersenyum dia berbicara.
Sambungnya lagi ‘kita harus bersyukur sebab dengan rahmat Allah,kita diberi peluang duduk di masjid seperti sekarang ni. Ramai lagi yang di luar belum diberi rahmat seperti yang kita dapat sekarang ni’
Saya mendengar dengan teliti setiap butiran kata-katanya. Setiap nasihatnya pasti ada pujian terhadap Allah. Sayu. Melihat Ummu Muhammad, teringat ummi saya. Rindu nasihatnya walau sering nasihat yang berulang. Ummi :’(
Saya hanya menjadi pendengar. Ingin menyambung kata-katanya, tetapi bagai tak mampu. Takut lebih pada tangisan daripada bercakap. Saya sayu. Setiap kata-katanya masuk ke hati. Melihat ke matanya  juga saya dapat rasakan dia juga rasa seperti apa yang saya rasa. 
Satu kata-kata akhir terucap buatnya sambil memegangnya, ‘Ummu Muhammad, bila melihat kamu,mmbuatkan saya teringat ummi saya di Malaysia. Boleh tak saya anggap kamu seperti ummi saya?...saya menahan air mata dari jatuh. *segan :)  *
‘Boleh. anggap saja aku ibumu. ibu kalian’ balasnya sambil tersenyum . Saya juga tersenyum.


الله اكبر الله اكبر   …azan berkumandang..Kami berpisah sementara. Mengambil tempat. Sama-sama mendengar khutbah dari syeikh Habib Omar. Walaupun kurang memahami keseluruhan isi yang disampaikan kerana lahjah yang digunakan,  namun ada juga sedikit-sedikit yang saya fahami dari kata-katanya.

Alhamdulillah ya Allah. Kerana memberi peluang kepada ku mendapat barakah di pagi juma’at ini. Solat juma’at di Masjid Ja’far at Tayyar besebelahan dengan maqam para syuhada’. Mendengar khutbah dari syeikh Habib Omar yang salasilahnya sampai kepada Rasulullah. Dan juga mendapat ummi angkat di masjid ini. Subhanallah. Sungguh banyak nikmatMu ya Allah. Sentiasa meredakan hati hamba-hambaNya yang gelisah. Alhamdulillah

اللهم اجعلنى من الشاكرين واجعلنى من أهل خواصك يا الله 


                           

1 comment:

  1. terharunyaa..fuzah da dpt 'ummi' baru kat cini..semoga dpt pgnti semntra ummi fuzah yg dimlysia ye..^^

    ReplyDelete

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...