RSS

12 November 2010

~dengan nama Allah ku mulakan segalanya~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, selawat dan syukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan peluang kepadaku untuk terus melaksanakan tuntutanNya.
Masih baru. Hanya itu yang mampu saya coretkan buat pertama kalinya menjengah ke alam blog. Namun hati saya terasa tergerak untuk membuka blog dan ingin mencoretkan apa-apa saja yang pastinya bermanfaat buat diri ini dan orang lain..

~menyahut seruan junjungan besar Nabi Muhammad  :"بلـّغوا عني ولو آية". ~
Saya berpegang pada seruannya. Ilmu yang sedikit disampaikan, mudah-mudahan dapat dikongsikan pada yang ramai.

Darul Mursyideen..
Nama yang saya ambil sempena nama madrasah yang dibina oleh abuya saya bersebelahan dengan rumah. Ingin mengambil semangat daripada semangat si 'tuannya'. Usahanya dalam merealisasikan harapannya dapat saya rasakan. Betapa dia bersungguh ingin membantu masyarakat yang makin jauh dalam agama. Beribu tentangan yang datang, mampu ditepisnya dengan sabar. Saya kagum dengannya. Anak dagang yang mampu berdikari hidup di negara orang. Tanpa punya sesiapa di sini. Kami hidup merantau. 

Ummi....Tulang belakang yang kuat baginya. Sentiasa memberi sokongan. Kami anak-anak ummi & abuya juga sentiasa memberi sokongan. Usaha dakwah ini perlu diteruskan!

~ abuya memberi sedikit tazkirah kepada ahli jamaah yang hadir~
 قال تعالي :فذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين


tekad 'kami' (abna'ilmuchtar) ------> mencari ilmu sebagai bekalan + bersama-sama menggerakkan Darul Mursyideen~ InsyaAllah.....


~ rentak jariku bermula di alam maya~

No comments:

Post a Comment

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...