RSS

17 August 2012

:.Hadiah Terindah.:


Alhamdulillah.

Dalam-dalam saya menarik nafas. Lega. Syukur. Allah masih panjangkan umur saya.

14 Ogos 2012, saya masih di atas dunia. Di bumi anbiya’. Bergelar seorang muslimah. Alhamdulillah.



Gembira. Tahun ini saya masih dapat merasakan tarikh kelahiran saya disambut dalam bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi, kali ini lebih special. Jatuh pada 10 malam terakhir. 26 Ramadhan, dan malamnya pula adalah malam ke-27. Subhanallah T_T
Seperti sebelumnya, hari kelahiran saya juga  jatuh pada bulan Ramadhan juga. Alhamdulillah.

14 Ogos 2010 -Sayu bacaan imam masjid di Mazar membuat hati saya getar. Wangian dari maqam syuhada’ menusuk hidung saya saat menziarahinya selepas solat.  Saat itu saya merasakan, mampukah saya berjuang seperti syuhada’ yang Allah telah janjikan syurga buat mereka? Umur yang Allah bagi pada saya, adakah ada keberkatan?adakah saya gunakan dengan sebaiknya? T_T

14 Ogos 2012- Sayu bacaan Dr Tolib Suroirah di masji Hussein. Masjid yang berada di dalam jami’ah.Malam ini malam ke-27. Suasana masjid di Jordan hidup. Semua masjid melakukan qiamullail berjemaah pada malam ini. Di mana-mana sahaja.Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan beberapa orang rakan sempat bersama mereka. Ini kali terakhir Ramadhan di bumi Jordan. Dan inilah hadiah terindah sempena hari kelahiran saya.T_T

Berbaki satu semester untuk saya berjuang di sini. Mujahadah perlu lagi kuat. Saya ada target sendiri. Target untuk memberi ‘senyuman’ buat ummi dan abuya. Biarpun mehnah dan ujiannya kadang-kadang pernah buat saya ‘jatuh’ seketika. Terus doakan saya.  Berbaki hampir 5 bulan saja lagi.

"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."

-Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.



Ramadhan juga berbaki beberapa hari saja lagi. Mungkinkah kita akan bertemunya lagi? Wallahua’lam. Andai ada peluang lagi, semoga Ramadhan akan datang lebih baik dari sebelumnya. Andai kita tiada peluang bersama Ramadhan akan datang, semoga keampunan Allah bersama kita. Amen…

Salam kemaafan daripada saya. Buat yang mengenali saya ataupun tidak. Andai blog ini tiada memberi apa-apa manfaat buat yang membaca, mohon kemaafan. Saya tak mampu jadi seperti orang lain. Sekadarnya saja perkongsian yang saya mampu beri. Sejarah kemunculan blog ini pun, hasil ‘pujukan’ seorang sahabat kepada saya :) .

Andai saya tiada lagi di dunia nanti, semoga sedikit manfaat yang ada dalam inilah yang akan mengalirkan pahala buat saya. Yang sentiasa dibaca-baca oleh kalian. Doakan saya. Maafkan saya. Jazakumullahu khaer.

"Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal."
(As-Syura : 36)




Ummi , terimakasih kerana susah payah melahirkan ukhti. Terimakasih kerana sudi membesarkan ukhti dengan kasih sayang. Terimakasih kerana sabar dengan kenakalan anakmu ini.  (semoga ummi ampunkan dosa-dosa saya yang lalu. Sangat banyak . Em.. T_T )

Abuya, terimakasih atas tarbiyah yang diberikan. Sejak dari kecil hingga sekarang tak putus-putus tarbiyahnya. Maafkan ukhti juga.. T_T

….tak mampu untuk teruskan menaip..Sebak..

Wallahua’lam..fi amanillah..




No comments:

Post a Comment

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...