RSS

28 September 2012

:.Nota Kecil.:


Saya membelek-belek buku ‘nota kecil’ berwarna biru. Di situlah tertulis impian saya , carta hidup saya ,kalendar harian saya dan macam-macam lagi.

‘Sekarang dah akhir bulan 9. Tak lama lagi nak masuk bulan 10. Dan tak lama lagi dah nak tinggalkan Jordan!’ saya bermonolog sambil menghabiskan menulis jadual.

Rasa bagaikan tak percaya. Terasa saya baru saja menjejakkan kaki ke bumi Mu’tah, Jordan. Transit di rumah kakak senior, bertatih bercakap arab dengan ammu kedai , berbuka puasa di rumah arab dan macam-macam lagi. 

Tapi, sekarang saya akan meninggalkan bumi Mu’tah kurang dari 5 bulan dari sekarang. Ya Allah ! T_T

Singkatnya masa. Dulu terasa ingin cepat-cepat pulang ke Malaysia. Tapi sekarang, hati saya sayu.

Bakal meninggalkan dataran  barakah. Bakal berjauhan dengan para syuhada’ yang tertanam jasadnya di sini. Saya pasti merindukan bau wangian ‘mereka’. Ujian di bumi inilah yang banyak mengajar saya erti menjadi hambaNya yang Redha dan Ikhlas. Pasti akan rindu!

Sepanjang saya melalui kehidupan di atas muka bumi ini, pasti tak lari dari ujian. Namun ujian di bumi barakah ini jauh berbeza dari yang saya sangka. Mungkin Allah ingin mengajar saya menjadi tabah seperti Zaid ibn Haritah, menjadi berani seperti Ja’far At-tayyar, menjadi kuat seperti Abdullah ibn Rawahah. 
Kuatkan hati, saya tetap menerimanya dengan Redha. Alhamdulillah.

‘Akak,seronok kan akak dah nak khirij’ sapa seorang adik kepada saya.

Saya tersenyum. ‘ InsyaAllah awak,doakan’.

‘Ukhti, bulan berapa ukhti nak balik? Balik cepat-cepat tau’ suara gembira  adik saya jauh di Malaysia.

Saya sebak. ‘InsyaAllah maya,doakan ukhti’

Jawapan saya serba ringkas. Takut untuk terlalu gembira.

 Teringat pesan seorang rakan saya.

‘Kita jangan terlalu excited sangat nak khirij. Buat biasa-biasa saja. Takut-takut Allah uji akhir-akhir nanti, kita yang kecewa’.

Ye, saya mengerti. Namun,sandaran yang terbaik hanya pada Allah. Apa saja perancanganNya ,kita kena akur. Kerna perancanganNya jauh lebih hebat dari perancangan kita. insyaAllah.

………………………………………………………………….
Hebat perancangan Allah.

Dulu saya berangan-angan untuk mengambil bidang akaun selepas mendapat keputusan SPM terbaik di sekolah menengah. Cita-cita saya kuat untuk sambung bidang akaun. Cikgu-cikgu juga sangat memberi galakan.Namun hasrat sedikit terhalang.

‘Kamu hafal Al Quran dulu, baru lepas tu sambung akaun. Buya nak, semua anak-anak buya hafal Quran’. Tegas buya bila saya menyuarakan hasrat.

Akhirnya saya akur. Di Darul Quran saya sendiri. Tiada sahabat pun dari sekolah lama yang mengikut. Saya tak rasa saya mampu di sini. Menghabiskan 30 juzuk. Kadang-kadang saya memberontak dalam hati.

Namun, takdir Allah mampu mengubah segalanya. Alunan Al Quran yang sering bergema di bumi barakah Darul Quran, membuatkan cinta saya di bumi barakah ini makin kuat. Hati keras menjadi lembut. Mata yang sukar menitiskan air mata, akhirnya menitiskan juga air mata ‘ego’ yang lama terpendam.

Teringat satu firman Allah : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)

Alhamdulillah. Rupanya ini hikmah yang Allah simpan. Selepas ke Darul Quran,saya dapat meneruskan perjuangan di bumi barakah syam, Jordan. Rupanya dengan jalan yang asalnya saya tidak suka, jalan itulah yang membuka saya jalan kepada jalan kejayaan sekarang. Ya Allah, Alhamdulillah.

Terimakasih kepada buya yang membantu dalam ‘perancangan’ hidup saya sehingga saya mampu sampai ke sini.

Dan sekarang, perjalan saya di bumi Jordan bakal berakhir. T_T

Ya Allah, semoga ada rezeki untuk ku ke sini lagi. Moga ada rezeki untuk ku berjiran dengan para syuhada’. Moga ada jalan untuk ku ‘menetap’ di bumi yang Kau makbulkan doanya..

Memanfaatkan masa yang berbaki.

“ Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik daripada banyak yang melalaikan! ”




No comments:

Post a Comment

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...