RSS

18 November 2011

:.Secebis Kisah:.



“Akak,nanti saya nak jumpa secara personal,” sapa seorang adik kepada saya . Saya ketika itu sibuk melayan pertanyaan-pertanyaan daripada adik-adik yang lain .

“Akak, boleh ke saya nak jumpa sekejap?”  sambil menarik tangan saya ketepi sedikit dari dikerumun rakan-rakanya.

“Maaf, akak terlupa tadi yang awak nak jumpa. Mari dik,” saya membawanya berjumpa di luar.

Salam perkenalan saya hulurkan padanya. Saya tidak mengenalinya. Baru tadi melihatnya dan bersapa dengannya. Malam itu saya menjejakkan kaki semula ke sekolah lama saya. Setelah kian lama saya tidak menjengah di sekolah itu. Malam itu saya hadir  untuk memberi pengisian pada adik-adik di tempat yang pernah menjadi gedung ilmu saya. Alhamdulillah,kepulangan saya ke Malaysia untuk bercuti, ada ‘ibadah’ yang dapat saya lakukan.

Senyum saya melihatnya. Dia juga sama. Kami tak pernah kenal,tapi rasa seperti sudah lama mengenali. Dia memulakan bicara .

‘Akak, apa yang akak sampaikan tadi memang betul. Saya teringin nak berubah. Tapi mungkin bukan sekarang.’

Saya pegang tangannya.

‘Kenapa bukan sekarang dik?’

‘Saya memang ada perasaan untuk berubah, tapi saya tak mampu untuk berubah sekarang. Tunggu la nanti-nanti.’

Dia menyambung lagi. Saya hanya mebiarkan dia memenuhi ruang untuk meluah.

‘Kat sekolah ni, saya rasa saya paling jahat. Banyak buat masalah. Keluarga saya tak macam keluarga yang lain. Keluarga saya kurang bagi support pada saya. Lagi pun saya ada masalah keluarga.’

Senyum saya padanya. Bersemangat dia meluah. Walaupun saya dapat lihat ada riak kesal dari wajahnya.

Saya mula memberi ruang untuk diri saya sendiri meluah.

‘Adik, berubah tu tak perlu masa untuk ditangguh. Sekarang pun boleh. Sebab kita tak mampu untuk tahu bila kita akan berakhir duduk kat dunia.’

‘Setiap orang punya masalah. Akak pun ada juga masalah sendiri. Tapi Allah beri masalah macam tu pada adik,sebab Allah nampak dan tahu adik mampu tanggung. Akak bangga dengan adik, sebab masih ada rasa kesal dengan perkara-perkara tak baik. Ada niat untuk berubah.’

‘Saya suka dengar akak baca ayat-ayat Quran , hadis-hadis, kata-kata hikmah tadi.’

‘Itu tanda hati adik tak mati lagi.’

Saya senyum melihatnya. Semoga Allah melapangkan hatimu. Semoga kamu tak lelah dengan ujian Allah. Melihat pada dirinya, mengingatkan saya pada diri saya sendiri. Saya juga pernah leka,pernah lemah,pernah lelah dengan ujian. Tapi tarbiyah Allah mematangkan saya. Kadang-kadang jika difikirkan kembali, ujian itu perlu dalam kehidupan kita. Kerna ujian itu menambahkan ketabahan dalam hati kita menempuhinya. Hasilnya lihat sekarang. Dulu kita mengeluh ‘ Allah,kenapa berat sangat ujian ni. Aku tak tahu aku mampu menghadapinya atau tidak’. Tapi sekarang? Lihatlah! kita masih mampu melepasi fasa kehidupan seterusnya. Kita sudah pun melepasi hari yang diuji itu. Alhamdulillah ya Allah. Atas ujian kesenangan dan kesusahan yang Kau beri.

‘Akak,saya ada kawan lelaki. Mudah kata,boyfriend. Tapi saya tak kerap berhubung. Hanya hunjung-hujung minggu saja. Dia banyak beri nasihat pada saya. Saya sunyi dari kasih sayang kak.’

Saya pegang lagi tangannya. Supaya dia rasa lebih dekat untuk bercerita.

‘Dia banyak sedarkan saya. Walaupun dia bukan daripada orang yang belajar agama.  Saya rasa, dia saja yang mampu bimbing saya. Hatta keluarga saya sendiri pun tak beratkan tentang agama pada saya.’
Saya menyambung.

‘Adik,berkawan tu tidak la salah. Andai dia yang terbaik untuk adik, bernikahlah cara yang paling baik. Tapi sekarang belum masanya. Adik masih bersekolah. Perlu tumpu pada perkara yang lebih penting. Carilah ilmu itu dengan sebanyak-banyaknya.’

‘Tapi akak, saya tak mau putus dengan dia. Saya rasa dia boleh memberi semangat pada saya.’

‘Akak tak bermaksud macam tu. Tapi sekadar berharap adik dapat berfikir secara rasional. Jangan kita korbankan masa yang sangat-sangat berharga sekarang ni. Andai laki tu benar-benar ikhlas dia akan beri peluang tuk adik fokus pada pelajaran. Dia tak akan ganggu dengan perkara-perkara yang boleh menggangu perasaan adik. CINTA itu fitrah. Tapi peliharalah ia.’

‘Satu persoalan kak fuzah nak tnya, kalau ditakdirkan adik putus dengan dia, adik akan kembali pada sifat yang dulu? Akan berubah jadi tak baik? Sebab nampak macam adik terlalu bergantung pada dia.’

Senyap… Dia tunduk. Saya memegang bahunya.

‘Adik,yakin dan bergantunglah pada Allah. Dia tak kan tinggalkan kita sekalipun kita selalu tinggalkanNya.’

‘Tapi, berubahla secara perlahan-lahan. Kalau itu cara yang terbaik untuk adik. Akak tak menekan., tak memaksa. Cuma hanya memberi pandangan dan nasihat. Yang seterusnya terpulang pada adik apa tindakan yang adik nak buat.‘
………………………………………..
Semoga Allah melapangkan hatimu. Semoga Allah menunjukkan jalan yang kamu cari-cari selama ini. Semoga kamu berjumpa dengan si dia yang benar-benar ikhlas membawa ke jalan Allah dengan jalan yang baik. Terima kasih pada kamu dik. Kerana memberi ruang pada akak juga untuk menilai diri yang sangat-sangat hina.

*Ini baru secebis kisah daripada mereka yang ingin merubah diri . Alhamdulillah Allah campakkan sedikit hidayah dalam hatinya. Apakah peranan kita? Bimbinglah mereka. Nasihati mereka sesuai dengan cara mereka. Agar mereka menerimanya dengan ikhlas, bukan terpaksa.

[Ajalku bukan pada tanganku, jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok, maka amal hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan waktu mempunyai amal tersendiri dan hak hukum waktunya.]

p/s : Berdasarkan kisah dan pengalaman yang saya sendiri hadapi. Diubah sedikit mengikut kesesuaian bahasa dan cara penyampaian.










12 November 2011

:. Persoalan ditambah Persoalan:.

Dengan nama Allah saya mulakan langkah menulis segala yang tersirat dalam hati. Semoga apa yang diluahkan jauh dari fitnah, jauh dari segala prasangka buruk manusia.

Saya tiada idea untuk menyambung post saya yang lepas bertajuk ‘Kongsi Cerita’. Mungkin sekadar menyambung sedikit sahaja, akhirnya saya menukar tarikh tiket kepada 24 Sept 2011. Itulah perancangan Allah sebaik-baiknya buat saya. Cukup cerita sekadar itu saja.

..................................................................................................................................

Saya kerap ditanya pelbagai persoalan. Kadang-kadang saya buntu memberi jawapan..
                                          
Soalan yang kerap dituju :

‘Kenapa ukhti terlalu keras kepada lelaki?’
Jawapan saya : ‘bukan terlalu keras, tapi tegas pada mereka bersesuaian dengan keadaan’

‘Ukhti langsung tak mahu berkawan dengan lelaki?’
Jawapan saya : ‘berkawan tidak salah, tapi jika sampai meracun hati lebih baik tidak berkawan’


‘Kenapa ukhti tak mahu menikah? Bukankah umur ukhti dah makin meningkat?’
Jawapan saya : ‘bukan tidak mahu, belum ada calon yang sesuai’

‘Ukhti nampak macam terlalu memilih,jika tidak,kenapa menolak?’
Jawapan saya : ‘saya tidak memilih. Cuma memberi alasan untuk menolak secara baik. Masih belum bersedia’

‘Bersedia macam mana?’
Jawapan saya : ‘bersedia memikul tanggung jawab besar, bersedia bebas dari tanggungan ibu ayah, dan masih belum bersedia untuk menjadi isteri solehah buat bakal suami saya nanti’

‘Bila masa ukhti bersedia?’
Jawapan saya : …………………………………………………

HATI itu milik Allah. Dia yang memegang hati-hati kita. Maaf pada mereka yang ada terguris hati dengan saya. Saya manusia biasa. Moga Allah memelihara kita semua.

mode : Kekurangan idea untuk menulis. Terlalu banyak untuk disimpan


Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...