RSS

31 May 2011

'Ibrah Imtihan

Alhamdulillah.. Berakhir sudah imtihan nihaie bagi fasal ni. Natijahnya? Semoga Allah memberi yang terbaik. Kita sebagai manusia seharusnya bertawakkal setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.

di sebalik IMTIHAN.....

Agak penat saya rasakan bila mula menelaah di akhir-akhir waktu yang sangat genting. Penat bermain emosi. 

‘Banyak lagi bab yang tak baca!’
‘Macam mana ni, tak faham lagi bab yang ni. Nak nangis!’
‘Sempat ke nak habiskan baca 2 madah dalam masa sehari? so tired!’

Negative……….! Semua perkara negative bila persiapan dilakukan last minute. Bukan sahaja penat pada kondisi tubuh badan, tetapi lebih memenatkan otak dan minda daripada terus berfungsi. Salah siapa? Tepuk dada, say ‘aku lah yang bersalah’ !
Konklusinya , lakukan persiapan di awal waktu. Andai ada yang tercicir, mudah untuk dikoreksi kembali. Mudah untuk diperbaiki kelemahan. Ayuh berubah dari sekarang! Untuk anda yang membaca, dan paling terutama untuk diri saya yang menaip.

……………………………………………………………………………….
Imtihan saya bermula dengan menyelami kisah-kisah nabi . Madah Qasasul Quran. Kisah Nabi Adam ketika di syurga saya teliti satu persatu. Bilamana Allah menyuruh para malaikat sujud kepada Nabi Adam, kesemuanya sujud melainkan iblis. 
 
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ 
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir. ( Al Baqarah :34)

Betapa egonya si iblis. Menganggap dirinya lebih hebat hanya kerana diciptakan daripada api, membuatkannya enggan sujud di hadapan manusia bernama Adam yang hanya diperbuat daripada segumpal tanah. 

Ibrah : Pesan saya pada diri, jangan ikut perangai si iblis. Merasa besar sekalipun sebenarnya amat ‘kecil’.

Al Quds fi Tarikh Islami. Di sini saya mula berkenal-kenalan asal –usul sejarah al Quds. Bukannya sebelum ini tidak mengenal, cuma kali ini lebih kenal dengan mendalam.  Hebatnya tempat ini! Menjadi rebutan 3 agama : Islam , Yahudi dan Kristian. Jordan dan Palestin  dekat jaraknya. Saya  tidak menyangka, Palestin itu hampir saja dengan saya. Saya tau kanak-kanak di sana menangis melihat ibu bapa mereka dibunuh. Saya tau, teman-teman sebaya saya diperkosa oleh durjana zionis!. Walaupun dekat, saya masih tak mampu untuk ke sana. Doa saya kirimkan buat kalian ya.Dengan harapan dapat saya ke sana. [ passport Indonesia saya tertulis : this passport is valid for all parts of the world..ini peluang untuk saya. InsyaAllah].

‘Ibrah : Isu Palestin isu ummah! Ummat Islam harus bersatu. Jangan merasakan isu Palestin isu negara. Jangan asyik bertelagah sesama sendiri. Yahudi & Kristian  sudah mengorak langkah besar untuk menawan Palestin. Allahu Akbar!

Dari Palestin terus saya memahami  madah Adyan Muqarah. Perbandingan agama ataupun dalam bahasa inggerisnya Comparative Religion. Tak sukar untuk saya memahami agama Islam. Tetapi sangat sukar untuk memahami agama-agama lain. Agama hindusiah, budzhiah, nasraniah, yahudiah dan banyak lagi perlu kepada pemahaman dan penghafalan. Mereka punya banyak tuhan. [Secara logik, tidakkah mereka berfikir, andai tuhan itu banyak akan menyusahkan??]. Hanya Allah berhak di sembah. 
Katakan                         أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

‘Ibrah : Perlu juga kita mempelajari agama-agama lain. Langsung tidak menggoyahkan iman kita kepada agama mereka seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini. Malah menambahkan kepercayaan kita pada Tuhan yang satu . Allah. Dengan memahami agama-agama mereka yang bukan Islam juga memudahkan urusan dakwah kita kepada mereka.

Beralih ke ilmu Takhrij  Hadith. Ilmu takhrij hadith bermaksud ilmu yang membahaskan usul- usul dan metodologi yang memudahkan ataupun pengetahuan terhadapnya , membolehkan untuk menjejaki tempat-tempat terletaknya al- hadith, mutabaat, syawahid, sama ada terletak pada rujukan asal,menyerupai asal atau tidak asal serta mengetahui martabat al hadith sama ada diterima atau ditolak. Ilmu ini juga perlu pada praktikalnya. Bagaimana mencari hadith dari kitab معجم فهوس  dan sebagainya.

‘Ibrah : Menjadi orang yang berpegang dengan kesahihan. Tidak mengikut tanpa ilmu. Andai menerima sesuatu ilmu, perlu di ‘check’ dari pelbagai sudut untuk mengukuhkan keyakinan berpegang dengan ilmu tersebut.

Akhirnya. Saya sudah  sampai ke destinasi terakhir. Hari terakhir saya di ‘uji’.  Berat. Tafsir Tahlili perlu dikunyah lumat. Fiqh Muamalat pula perlu digenggam erat.
Pelbagai permasalahan dalam fiqh muamalat yang perlu saya fahami. Konsep jual beli, sewa, gadaian, iqalah, syuf’ah permasalahan riba’  dan sebagainya.  Keharusan jual beli dan pengharaman riba’ berdasarkan dalil al Quran :
Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (al-Baqarah: 275)

‘Ibrah : Jual beli sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Namun hukum yang Allah tetapkan tidak boleh dilanggar. Perlu mengikut nizom nya. Yang haram dijual, usah diubah menjadi halal. Think it!

Semut. Surah an Naml 1- 93 perlu difahami ayat-ayatnya agar mudah memahami tafsiran yang dirungkai oleh Syeikh Mutawalli Sya’rawi.
“Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”  an Naml : 18
Lihat tindakan si semut. Tidak gopoh dalam memberi arahan ketika melihat Nabi Sulaiman dan tenteranya yang semakin menghampiri. Malah bersikap husnuz zhon berdasarkan pada ayat ‘sedangkan mereka tidak menyedari’ an Naml :18. Comelnya si semut :)

Pada awalnya saya hampir putus asa. Terlalu banyak untuk dibaca dalam waktu yang berbaki sedikit sahaja lagi. Rasa malas. Namun, bila membaca kisah si semut, mengubah mode saya. Dia punyai tubuh yang kecil, tapi jiwanya besar. Bijak memimpin.Rajin. Malunya saya sebagai manusia. Fuzah, don’t give up!

‘Ibrah : Kalau diikutkan, kisah semut hanya dilakarkan dalam beberapa ayat sahaja. Bukan keseluruhan surah. Mungkin kerana nilai-nilai positif yang ada pada si semut, Allah mengangkatnya. Menjadikan dia tajuk utama. Segalanya dalam pengetahuan Allah. Wallahu a’lam..



Imtihan berakhir. Setiap kali melangkah berjuang , ada ‘ibrah yang Allah letakkan. Ada kekuatan yang Allah hadirkan tanpa kita sangka. الحمد لله




16 May 2011

Fokus!





Imtihan nihaie semakin hampir. Boleh dikira dengan jari. Persiapan saya masih lagi zero. Terlalu banyak mementingkan perkara yang agak kurang pentingnya. huh..fuzah,what’s going on?

 Doakan saya teman-teman. Moga kuat mujahadah. Moga thabat dalam dakwah. Moga tidak mati dengan mehnah. Doakan. Doakan.

22/5 = Qasasul Quran
24/5 = al Quds
26/5 = Adyan muqaranah
28/5 = Takhrij hadis
30/5 = 1) Fiqh Muamalat
            2) Tafsir tahlili

        * pening..2 madah dalam sehari?..erk..permudahkan ya Allah. permudahkan. Takpe, jangan sedih,jangan risau ye fuza , Allah kan ada..Alhamdulillah..^^, *


surah at Talaq : akhir ayat 2 hingga awal ayat 3

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاًّ  وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً  
Maksudnya : “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, akan diberikan kelapangan dan rezeki yang tidak terduga…Barang siapa yang bertawakal pasti akan dijamin-Nya…..Sesungguhnya Allah itu sangat tegas dengan perintahnya…Dia-lah yang mentakdirkan segala sesuatu..”

Semoga Allah juga  permudahkan perancangan-perancangan saya selepas ini. Ameen ya rabb. Ma’as salamah semua..=)………………………………………….

p/s :Buat mereka yang ku kenal hanya dari jauh, mohon maaf segala silap. Segala nasihat yang diberi tak lain tak bukan hanya kerana sayangkan kalian lillahi ta’ala.  InsyaAllah, ada rezeki, kita berjumpa. Wassalam.



 ...stop ber'blog' buat sementara waktu......=)




14 May 2011

Persis Serikandi Sumayyah. Moga-moga..




 14/5/2011 

Hari ini hari bersejarah kamu sayang
Kamu ‘dilepaskan’ dari jagaan kami
kamu jauh dari kami
demi satu perjuangan
usah gentar, usah sedih
kami  tahu, kamu persis Serikandi Sumayyah
teguh, cekal, berani , semua ada pada dirimu

Menghafaz kalamNya memang tidak mudah
kamu sering mengadu tentang itu
kamu pernah menangis kerana itu
namun percayala kuasa Allah
tidak dicampakkan kamu ke sana
andai dia tahu kamu tidak mampu

Baik-baik di sana sayang
sayang kami pada kamu
kami tinggalkan kamu dalam jagaan Allah
moga-moga kamu persis Serikandi Sumayyah




DARUL QURAN, KUALA KUBU BHARU

*Nur Sumayyah binti Muhammad Muchtar, semoga Allah terangkan hatimu menghafaz kalam Allah. Sekali jatuh, usah sedih. Dua kali jatuh, usah  putus asa. Berkali-kali pun kamu jatuh, usah ada sifat  negatif. Maya yakinkan janji Allah ?  Maya yakinkan ganjaran Allah pada orang yang sabar?
Jaga kesihatanmu baik-baik. Semoga maya  cepat sembuh. Ukhti tak sanggup tengok maya menahan kesakitan lagi. Ukhti tak sanggup tengok  maya bermalam di hospital lagi .  :’(
Kami bersedih, tapi kamu masih mampu tersenyum. Kamu mampu menenangkan semua orang. Hebatnya adik ukhti!
Ingat kata-kata terakhir kita setiap kali habis berbual di telefon? =)
‘I miss u….I love u…’

                                                             -Surat cinta dari bumi Jordan-

10 May 2011

Hati-hati!


Nah!
hati hasad! hati dengki! hati amarah! hati kotor! hati benci! hati permusuhan!
masuk kau dalam hatinya.
hitamkan hatinya! rasuk hatinya!
hahahaha….berderai hilai tawa syaitan DURJANA
tatkala si pemilik hati itu mengiyakan saja
berpesta si DURJANA itu..meraikan kejayaan mereka

Nanti dulu!............
Satu bisikan hampir di sisa baki hati si pemilik tadi
menghampiri hati itu
sedikit demi sedikit ‘dia’ membersihkan hati yang kotor tadi
biar sukar..
tak pernah  mengeluh..
tak pernah mencemuh..
si pemilik hati itu kaku
si DURJANA itu tadi terpaku
bisikan itu tersenyum..


Akhirnya hati yang hasad itu pulih
hati amarah itu jernih
si DURJANA rebah!
si pemilik hati itu?
adakah dia juga rebah? atau dia sudah ‘mati’?

Tidak!
dia menjadi sahabat baik bisikan putih itu
ingin menjadi teman baik bisikan putih
bisikan putih itu Ayat-ayat cinta
Ayat-ayat cinta dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Subhanallah





Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...