RSS

01 February 2012

:.Kecukupan yang Allah beri. Alhamdulillah! .:




‘ Bila dah duduk luar negara nanti, duit takde pun kita boleh gembira lagi. Sebab kita ada ramai kawan-kawan. Jangan risau, Allah pasti bantu’ masih terngiang-ngiang lagi pesan abuya kepada saya sehari sebelum saya terbang ke Jordan.

‘Ukhti , jom ke Irbid. Ada pengisian menarik. Boleh jumpa akhawat-akhawat’ kata seorang teman ku.

Ligat kepala memikir. Dompet hanya punya syiling qursh. Dalam bank tidak pasti punya isi atau tidak. Pinjaman Tapem tidak masuk-masuk juga lagi. Hendak meminta pada ummi dan abuya, saya segan. Saya gusar, tak sampai hati. Baru sahaja minta untuk membayar rusum bulan lepas, sekarang sudah mahu meminta lagi. Dengan kondisi keadaan mereka sekarang, saya mahu lebih memahami mereka. Hendak menolak pelawaan teman, saya jadi malu. Sudah selalu.

‘ Mohon pada Allah, pasti Dia beri’ bisik hati saya.

‘Ukhti guna dulu duit ni’ JD10 diberi pinjam untuk perjalanan ke Irbid.

Cukup ke? In case berlaku apa-apa nanti, nak tambah mane duit? Baki qursh-qursh dalam dompet lebih sedinar ke? Stop negative thinking fuz!

InsyaAllah, saya yakin! kecukupan itu hanya Allah yang beri. Kadang-kadang tak boleh dinilai dengan material.
……………………………………………………………………………………………

Benar! Allah telah memberi  kecukupan. Biarpun saya pulang semula ke Mu’tah dengan wang yang berbaki kurang dari 50 qursh, sekurang-kurangnya saya tidak kekurangan wang.  Alhamdulillah.

Di sepanjang perjalanan ke Irbid, Allah telah memberi saya kekayaan ‘ redha’ dan ‘tawakkal’.

Di sepanjang hari di Irbid, Allah telah  memberi saya kekayaan ‘ilmu’, kekayaan ‘ukhwah’, kekayaan melihat ibrah  pada ciptaanNya.

Di sepanjang perjalanan pulang ke Mu’tah, Allah telah memberi  saya kekayaan ‘sabar’  dan ‘bersangka baik dengan ujian’. Alhamdulillah.

Kekayaan yang Allah beri ini menutup kekurangan yang ada. Maha Kuasa Mu terhadap sesuatu ya Allah.






…………………………………………………………………………
Sambil menanti bas bergerak ke Mu’tah, silih berganti si peminta sedekah masuk ke dalam bas.  Ada yang meminta semata-mata, ada juga yang meminta wang dengan berganti surat khabar dan pelekat ayat-ayat quran.

Allah! Kasihan mereka. Ujian itu untuk mereka.

‘Semoga Allah melapangkan rezeki untuk mereka’ doa saya sedekahkan untuk mereka. Saya tak punya apa-apa untuk dikongsi.




"Jika kau bersyukur atas nikmat KU maka akan Ku tambahkan nikmat mu, namun jika kau ingkar, sesungguhnya azab KU amat pedih...”      (Surah  Ibrahim : 7)
















No comments:

Post a Comment

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...