RSS

13 February 2012

:.Saya akan berkahwin, InsyaAllah.:



‘Umur akak berapa?’
 '25 tahun’ selamba saya menjawab.
'25??? Akak dah kawen?’ soalan cepu emas yang sering saya terima.
‘Belum’ sambil tersenyum saya membalasnya.

Inilah diaolog dan persoalan yang sering saya terima.  Makin meningkat usia, makin bertambah soalannya. Namun, hanya yang mampu saya jawab, insyaAllah .

Perkahwinan merupakan satu sunnah Rasulullah. Bukanlah kita hidup di dunia untuk beribadat semata-mata bahkan Rasulullah juga berkahwin, punya anak, makan , minum, tidur dan sebagainya. Setiap manusia pasti mengimpikan perkahwinan yang barakah, mendapat redha Allah Ta’ala. Saya juga mengimpikannya. Tapi bila? Masanya hanya Allah yang tau. Dia telah mencatat segalanya di Luh Mahfuz.

Perkahwinan itu juga perlu kepada restu si perempuan. Jika dia masih tidak bersedia, seharusnya dia tidak terlalu dipaksa. Takut-takut akan berlaku mudharat yang besar pula. Walhal tujuan perkahwinan itu untuk membina mawaddah dan rahmah serta mengembangkan zuriat keturunan yang baik.

Andai telah tiba satu saat si perempuan itu bersedia, pasti tidak akan ditolak pinangan si soleh. Kerna saat itu dia sudah bersedia memikul tanggung jawab sebagai isteri, sebagai bakal ibu, sebagai pendidik buat anak-anaknya nanti. Semua orang mengimpikan pembinaan usrah / keluarga yang baik, sentiasa dalam rahmat Allah. Saya juga mengharapkan. Ameen.

Sabda Nabi s.a.w.;  "Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redha (restui) akhlak dan agamanya (ingin meminang anak kamu), maka kahwinilah ia (dengan anakmu). Jika tidak nescaya akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kefasadan yang besar" (Riwayat Imam at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.. Hadis ini menurut Imam as-Suyuti dalam al-Jami' as-Saghier (no. 347) adalah soheh).

Belum berkahwin tidak semestinya dia tidak mahu berkahwin. Tapi dia bakal berkahwin nanti. InsyaAllah. Jangan risau :)

Impian bagi seorang muslimah :

Seorang suami yang menjadi imam buat keluarga. Dialah contoh terbaik buat keluarga yang dibina. Dialah yang menjadi pelindung setia buat isterinya. Solat jemaah bersama-sama. Membaca Al-Quran bersama-sama. Membuat kerja-kerja rumah bersama-sama. Suami, sebagai pembangkit semangat buat si isteri, tika si isteri lemah. Kata-kata yang keluar dari mulut si suami, hanyalah kata-kata indah dan kata-kata nasihat buat si pendamping hidupnya.

Buat mereka yang sudah membina keluarga mawaddah, itulah pendamping kalian yang telah Allah janjikan. Moga kalian mengambil peranan masing-masing, sebagai suami,isteri,ayah,ibu dan sebagainya dengan sebaiknya.

Buat mereka yang belum lagi membina keluarga, pendamping hidupmu sudah ada. Allah sudah pun menjanjikannya. Cuma Allah masih mahu berahsia dengan kita siapakah dia?bilakah masa?, agar kita punya masa untuk meningkatkan diri menjadi solehah buat si soleh.InsyaAllah.


Kepada mereka yang sering bertanya, inilah jawapan saya. Andai tiba masanya, Saya akan berkahwin InsyaAllah. Belum solehah untuk mendapat yang soleh.

P/s : Saya agak malu untuk berbincang mengenai perkahwinan atau pasangan hidup. Jika berlegar soalan-soalan ini di dalam rumah, pasti saya akan mengelak dengan beribu alasan .Mungkin saya lebih selesa dengan hanya menulis :) 










1 comment:

  1. ukhti..bakal imam mu, akan hadir jua..terus berdoa ye ukhti..syg kamu:)

    ReplyDelete

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...