RSS

19 June 2012

:.Tiada Tajuk.:

18 Jun 2012

Hari ini hari ke2 untuk fasal soifi. Kelas masih belum bermula. Katanya Dr sibuk menguruskan haflah khirrijin hari ini. Bosan pula rasanya duduk saja di dalam bilik. On Facebook, baca komen-komen orang, baca pesanan mesej yang sampai, baca berita tentang kemenangan calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohd Morsi.

Selesai. Tak tau dah nak buat apa. Nak mula study, belum punya mood...

“Nak sapu bilik sat la,” tiba-tiba saya punya idea untuk mengisi masa kosong. ^^,

Pagi ini saya belum lagi mengulang sambungan juz 1 dari maqra’ yang pertama. Sengaja saya mengulang dari maqra’ yang belakang, supaya tidak mudah terlupa dan sengaja ambil mood baru. Jadi, sambil-sambil menyapu bilik, boleh juga saya mendengar ayat-ayat cinta dari Allah. Folder Al quran di perisian laptop dipilih. Surah Al Baqarah , bacaan syeikh masyari di enter! Bismillahirrahmanirrahim~

Lega. Siap !

Tapi masa masih banyak lagi. Punya banyak lagi masa kosong. Tiba-tiba hati saya rasa sayu. Melihat gambar keluarga, membuat rindu makin menebal. Baru beberapa hari melepaskan rindu pada ummi, abuya dan adik-adik. Hanya mendengar suara.  Hampir seminggu lebih saya tidak menelefon mereka. Maka, banyaklah cerita-cerita daripada mereka.

Bercakap dengan ummi, tak lekang dengan katanya ‘ummi sentiasa doakan kamu. Jaga diri baik-baik. Kepala, dada, sakit lagi ke?’. Setiap kali kol, saya berusaha untuk jadi orang pertama bertanya khabar  selepas memberi salam kepada ummi, tapi ummi telah mendahului. Maka jadilah saya orang kedua. Takpelah , boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Abuya pula sentiasa tak lepas kata-kata pengisian rohani daripadanya. Paling tak berubah dari dulu sampai sekarang, mesti sembang dalam bahasa Arab! Takde bahasa Melayu, takde bahasa Indonesia. Nak tak nak, berusaha juga menyampaikan sesuatu dalam bahasa Arab sekalipun ada juga dibetulkan nahu sarafnya.huhu.. Tapi, kadang-kadang ada juga selit bahasa Melayu bila dah tak tau nak sampaikan dalam bahasa Arab. Takpe, dimaafkan! Boleh cuba lagi lain kali. ^^,

Bersembang dengan adik-adik ada saja ceritanya. Tentang sekolah, aktiviti, program dan sebagainya. Comel je diaorang ni. Bila dah penat bercerita mula lah pas telefon pada orang lain sambil cakap “ukhti cakap dengan abang pulak lah” ataupun “ukhti, abang nak cakap ni”.. huhu.Rindu!

Tapi..

Ada juga berita sedihnya. Tabah saja ummi menyampaikan. Qarnain juga. Sambil mendengar, terasa juga ada air mata yang jatuh. Tapi cuba juga saya untuk cover, takut ummi perasan. Ni yang saya tak sabar untuk balik. Bersama-sama membantu mereka dalam dakwah.

Masih ramai lagi rupanya di luar sana yang cetek pemikirannya. Bila sesuatu kebaikan itu ingin disampaikan , ada saja batu penghalangnya. Itu dan ini tidak boleh. Tapi kalau dalam perkara maksiat, boleh dibentangkan jalan seluas-luasnya. Batu penghalang yang ada boleh pulak diketepikan jauh-jauh. Ingatlah, yang hak tetap hak. Pasti kami tegakkan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Saya cuba untuk positifkan diri. Motivasi hati agar lebih tenang pada ujian-ujian dari Allah. Itu tanda sayang dariNya. Berzikir kepada Allah , hati menjadi tenang. Membaca Al Quran juga bisa membuat hati damai. Mengingati kepada  kisah Rasulullah tercinta, tidak pernah aman dari ancaman-ancaman mereka yang ingin menggagalkan seruan dakwah Nabi. Namun Nabi masih tersenyum, jalan dakwah masih diteruskan dan tidak pula membalas mereka dengan keburukan. Subhanallah, indahnya akhlak Nabi. Nak ikut cara Nabi!

“Biar seribu panah yang kalian lemparkan kepada kami, tetap kami akan tegakkan perkara yang hak,
Biar seribu duri yang kalian bentangkan, tetap kami tak gentar terus berjalan di atas jalan dakwah,
Kerna kami tahu, Allah pasti membantu. Pasti memberi rezeki. Pasti membuka jalan. Dan semestinya tidak akan memenangkan jalan yang batil"

Allahuakbar!


p/s : hari ini bersiap untuk ke kelas. ^^,  Bismillah !


11 June 2012

:.Bahagiakan Mereka di sekelilingmu.:


Bila hati kita bahagia, pasti kita akan rasa tenang. Mudah untuk meniti hari-hari. Tiada resah, tiada gelisah.Betul kan? Tapi pernah kah kita juga membahagiakan mereka di sekeliling kita? Atau hanya kita ini nafsi-nafsi. Bahagia untuk diri sendiri sahaja? Bak kata mudahnya ‘jual ikan/ sellfish’..huhu

Oh bahagianya bila dapat membahagiakan orang lain juga! Kasih sayang itu dapat disebarkan seluas-luasnya. Bisa membuat rakan-rakan tersenyum. Mampu menyapu air mata kesedihan mereka.Menarik kan ? :). Gembira bila mereka gembira. Bahagia bila mereka juga bahagia. Subhanallah.

Kata orang, memberilah sebanyak mungkin yang kita mampu. Dengan memberi membuat hati kita semakin bahagia. Bukankah memberi itu lebih baik dari menerima? Tak semestinya pemberian itu harus dalam bentuk material. Boleh jadi juga pemberian dari segi pertolongan, kongsi rasa, kasih sayang dan sebagainya. MasyaAllah, jameel!

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah berseri” (HR. Muslim no. 2626) .

Cuti spring kali ini sangat membahagiakan saya. Alhamdulillah. Sekalipun berterusan hari-hari saya di isi dengan program, jaulah, dan sebagainya. Mungkin agak penat dari segi jasmani, tapi dari segi rohani sungguh saya rasakan keluarbiasaannya! Owsem bak kata muda mudi sekarang! ^^, [Sesekali tak lah rasa sedih sangat tak balik Malaysia..sebab takde masa kosong nak bersedih :) ]

Bersahabat dengan mereka yang positif membuatkan kita juga terikut aura positifnya. Seumpama mereka yang bersahabat dengan penjual minyak wangi, dapat wanginya.

“saya lebih suka masa saya yang sibuk daripada masa yang kosong, tanpa terisi,” luah seorang sahabat kepada saya.

“kalau kita memberi hadiah, itu akan makin menambah kasih sayang , “ kata seorang teman kepada saya.
MasyaAllah. Kata-kata mereka membuat saya tersenyum.

Bahagiakan orang lain, maka dirimu juga turut bahagia. Yok!

p/s :
-terima kasih tak terhingga buat sahabat baik saya, amirah ajazi atas ziarah anda bersama-sama rakan ke rumah saya. Terimakasih juga kerana sentiasa menyebarkan bahagia buat saya. :)
-terimakasih buat semua insan di sekeliling saya, kerna membahagiakan saya, mengajar saya erti bahagia, membantu saya membahagiakn orang lain.

Allah yujzikumullahu khaer~


                            dari kiri : aliya , amirah, izyan




                                          bayang-bayang kami :)



                                   Alhamdulillah atas nikmat ukhwah ~
                                                         





21 May 2012

:.TERUSKAN MELANGKAH:.



Sesekali melangkah, jangan dihirau duri  di kiri dan kanan
Melangkahlah dengan  nama Allah [Bismillah]
Selangkah yang berlalu isilah dengan zikir kepadanya
Duri yang menghalang lemparlah ke tepi
Supaya kita bisa meneruskan perjalanan
Sehingga penghujungnya
Sekalipun kita tiada tahu hasil setiap penghujung

Menarik ‘tentatif’ susunan yang Allah aturkan
Cantik awalnya, cantik juga akhirnya insyaAllah
Sekalipun tidak menepati ‘tentatif’ yang kita aturkan
Yakinlah ! Allah itu hebat perancanganNya
Hebat susun atur ‘tentatifNya’
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..


Mode: imtihan nihaie ..doakan saya..berbaki 2 semester lagi di sini


27 April 2012

:.Mintalah diuji:.




Bila kita tidak diuji, mintalah pada Allah agar kita diuji
Kerna bila diuji, barulah kita semakin rapat denganNYA
Semakin kerap berjumpa denganNYA
Semakin rindu mengadu padaNYA
Nilai air mata hanya keranaNYA

Sungguh perjalanan dunia masih jauh
Tidak tahu sampai bila penghujungnya
Tapi bukanlah dunia itu kejaran utama kita
Setiap satu perhentiannya tak lekang dari ujianNYA
Berhati-hati! Bersabar!
Boleh jadi itu ujian kesenangan, boleh jadi itu ujian kesusahan

Hebatnya kasih sayang Allah
Manusia berbuat dusta, Dia masih memberi nikmat
Manusia berbuat nista, Dia tak lupa menegur dengan sayang
Manusia sentiasa alpa, Dia masih memakbulkan doa hamba
Manusia lupa mengingatiNya, Dia masih menjadikan hambaNya sentiasa dalam ingatanNya
Maka diberi ujian, itu tanda sayang dan kasihNya
Itu tanda  cinta buat hambaNya
Hebatnya Allah, tiada nilai tandingannya..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!..
Atas setiap ujian dari cintaNya buat hambanya..T_T










Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...