RSS

05 October 2011

:.Kongsi cerita:.


Hampir 3 bulan lebih saya tidak meng’update’ blog. Bukan tiada cerita untuk dikongsi, cuma belum berkesempatan untuk berkongsi. Kali ini saya sudah diberi kesempatan. Alhamdulillah..=)

8 jun 2011 : Saya meninggalkan Mu’tah. Perjalanan saya jauh membelah awan, menuju ke destinasi yang amat saya rindui, iaitu kampung halaman di Malaysia. Sehari perjalanan akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah..

…………………………………………………………………………………………………………
Buku biru & pen menjadi peneman saya di dalam kapal terbang. Perancangan yang baik perlu saya siapkan untuk jaulah saya yang agak lama di Malaysia.

‘manfaatkan masa bersama keluarga’
‘ziarah sekolah lama, Darul Quran, guru-guru dan sahabat-sahabat’
‘kongsi ilmu bersama masyarakat’
‘belajar masak dengan ummi =) ‘
‘belajar bahasa arab dengan abuya’
….dan banyak lagi……………..

Itu hanya perancangan saya, namun perancangan Allah siapa yang tahu! توكّلت على الله

………………………………………………………………………………………………………
3 bulan lebih berada di Malaysia, pelbagai  pengalaman saya tempuhi. Ada saja perancangan Allah yang tidak disangka-sangka datang. Perancangan saya juga Allah mudahkan semuanya. Alhamdulillah.

-sempat bersama kawan baik ketika dia bertunang
-temuduga Huffaz (persiapan dibuat setengah jam sebelum masuk bilik temuduga)
-temuduga warganegara (ambik exam sebelah ummi =) )
-ceramah di sekolah menengah lama
-dapat jemputan kawen daripada sahabat-sahabat  lebih daripada tiga jemputan, tapi mampu pergi satu sahaja =)

Dua temuduga yang tidak disangka-sangka saya hadapi ketika pulang bercuti . Temuduga huffaz pada awalnya sekadar meneman adik, tetapi ‘dipaksa’ juga untuk turut serta. Persiapan hanya dibuat dalam tempoh setengah jam. 10 juzuk perlu saya ingat! Hanya Allah saja tempat saya bertawakkal ketika itu. Qarnain oh qarnain. Pandai sungguh memujuk ukhtinya. J

Temuduga warganegara pula datang tanpa disangka-sangka. Tepat pada tarikh saya akan berangkat ke Jordan, 22 sept ! Awalnya saya buntu. Jika saya menukar tiket, saya akan pulang sendiri tak berteman, saya akan ketinggalan banyak kelas.Hanya tinggal tiga hari saja keputusan yang perlu saya buat. Tukar atau tidak?! Jawapan saya tidak. Jawapan ummi dan abuya pula tukar! Aduh…ada khilaf pulak.
Akhirnya………………………………………………..

…..bersambung…..





08 June 2011

Indahnya ukhuwwah



Terima kasih sahabat
jadi guru untuk mendidikku
jadi kakak untuk menasihatiku
jadi adik untuk menghiburkanku
jadi dirimu untuk ukhwah yang ikhlas buatku
                      
Semalam moga jadi kenangan
Hari ini moga menjadi titik cinta ukhwah kita
semoga esok memberi harapan sinar ukhwah kita

Maaf dan maaf
tak mampu jadi yang terbaik
tak mampu mengikut kehendak kalian
tak mampu melaksanakan hak kalian sebaiknya
tak mampu mempamerkan sayang buat kalian
Maaf dan saya juga memaafkan

Doaku dari jauh
moga kalian dalam redhaNya
moga urusan kalian diberi yang terbaik dariNya
doakanku juga yang jauh dari kalian
moga kuat tempuhi jalan
moga dan moga dan segalanya



*Mungkin ini yang terakhir saya menulis di blog. Berehat dalam tempoh 3 bulan lebih bersama keluarga. Saya akan pulang membawa rindu yang lama dipendam. Harapan saya , supaya kalian sering mendoakan saya. Doa kita akan  saling menguat. InsyaAllah. Akhirul kalam  Assalamualaikum



                                                                           Salam sayang 
                                                 Ukhti fuzah , Melaka , Malaysia

31 May 2011

'Ibrah Imtihan

Alhamdulillah.. Berakhir sudah imtihan nihaie bagi fasal ni. Natijahnya? Semoga Allah memberi yang terbaik. Kita sebagai manusia seharusnya bertawakkal setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.

di sebalik IMTIHAN.....

Agak penat saya rasakan bila mula menelaah di akhir-akhir waktu yang sangat genting. Penat bermain emosi. 

‘Banyak lagi bab yang tak baca!’
‘Macam mana ni, tak faham lagi bab yang ni. Nak nangis!’
‘Sempat ke nak habiskan baca 2 madah dalam masa sehari? so tired!’

Negative……….! Semua perkara negative bila persiapan dilakukan last minute. Bukan sahaja penat pada kondisi tubuh badan, tetapi lebih memenatkan otak dan minda daripada terus berfungsi. Salah siapa? Tepuk dada, say ‘aku lah yang bersalah’ !
Konklusinya , lakukan persiapan di awal waktu. Andai ada yang tercicir, mudah untuk dikoreksi kembali. Mudah untuk diperbaiki kelemahan. Ayuh berubah dari sekarang! Untuk anda yang membaca, dan paling terutama untuk diri saya yang menaip.

……………………………………………………………………………….
Imtihan saya bermula dengan menyelami kisah-kisah nabi . Madah Qasasul Quran. Kisah Nabi Adam ketika di syurga saya teliti satu persatu. Bilamana Allah menyuruh para malaikat sujud kepada Nabi Adam, kesemuanya sujud melainkan iblis. 
 
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ 
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir. ( Al Baqarah :34)

Betapa egonya si iblis. Menganggap dirinya lebih hebat hanya kerana diciptakan daripada api, membuatkannya enggan sujud di hadapan manusia bernama Adam yang hanya diperbuat daripada segumpal tanah. 

Ibrah : Pesan saya pada diri, jangan ikut perangai si iblis. Merasa besar sekalipun sebenarnya amat ‘kecil’.

Al Quds fi Tarikh Islami. Di sini saya mula berkenal-kenalan asal –usul sejarah al Quds. Bukannya sebelum ini tidak mengenal, cuma kali ini lebih kenal dengan mendalam.  Hebatnya tempat ini! Menjadi rebutan 3 agama : Islam , Yahudi dan Kristian. Jordan dan Palestin  dekat jaraknya. Saya  tidak menyangka, Palestin itu hampir saja dengan saya. Saya tau kanak-kanak di sana menangis melihat ibu bapa mereka dibunuh. Saya tau, teman-teman sebaya saya diperkosa oleh durjana zionis!. Walaupun dekat, saya masih tak mampu untuk ke sana. Doa saya kirimkan buat kalian ya.Dengan harapan dapat saya ke sana. [ passport Indonesia saya tertulis : this passport is valid for all parts of the world..ini peluang untuk saya. InsyaAllah].

‘Ibrah : Isu Palestin isu ummah! Ummat Islam harus bersatu. Jangan merasakan isu Palestin isu negara. Jangan asyik bertelagah sesama sendiri. Yahudi & Kristian  sudah mengorak langkah besar untuk menawan Palestin. Allahu Akbar!

Dari Palestin terus saya memahami  madah Adyan Muqarah. Perbandingan agama ataupun dalam bahasa inggerisnya Comparative Religion. Tak sukar untuk saya memahami agama Islam. Tetapi sangat sukar untuk memahami agama-agama lain. Agama hindusiah, budzhiah, nasraniah, yahudiah dan banyak lagi perlu kepada pemahaman dan penghafalan. Mereka punya banyak tuhan. [Secara logik, tidakkah mereka berfikir, andai tuhan itu banyak akan menyusahkan??]. Hanya Allah berhak di sembah. 
Katakan                         أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

‘Ibrah : Perlu juga kita mempelajari agama-agama lain. Langsung tidak menggoyahkan iman kita kepada agama mereka seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini. Malah menambahkan kepercayaan kita pada Tuhan yang satu . Allah. Dengan memahami agama-agama mereka yang bukan Islam juga memudahkan urusan dakwah kita kepada mereka.

Beralih ke ilmu Takhrij  Hadith. Ilmu takhrij hadith bermaksud ilmu yang membahaskan usul- usul dan metodologi yang memudahkan ataupun pengetahuan terhadapnya , membolehkan untuk menjejaki tempat-tempat terletaknya al- hadith, mutabaat, syawahid, sama ada terletak pada rujukan asal,menyerupai asal atau tidak asal serta mengetahui martabat al hadith sama ada diterima atau ditolak. Ilmu ini juga perlu pada praktikalnya. Bagaimana mencari hadith dari kitab معجم فهوس  dan sebagainya.

‘Ibrah : Menjadi orang yang berpegang dengan kesahihan. Tidak mengikut tanpa ilmu. Andai menerima sesuatu ilmu, perlu di ‘check’ dari pelbagai sudut untuk mengukuhkan keyakinan berpegang dengan ilmu tersebut.

Akhirnya. Saya sudah  sampai ke destinasi terakhir. Hari terakhir saya di ‘uji’.  Berat. Tafsir Tahlili perlu dikunyah lumat. Fiqh Muamalat pula perlu digenggam erat.
Pelbagai permasalahan dalam fiqh muamalat yang perlu saya fahami. Konsep jual beli, sewa, gadaian, iqalah, syuf’ah permasalahan riba’  dan sebagainya.  Keharusan jual beli dan pengharaman riba’ berdasarkan dalil al Quran :
Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (al-Baqarah: 275)

‘Ibrah : Jual beli sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Namun hukum yang Allah tetapkan tidak boleh dilanggar. Perlu mengikut nizom nya. Yang haram dijual, usah diubah menjadi halal. Think it!

Semut. Surah an Naml 1- 93 perlu difahami ayat-ayatnya agar mudah memahami tafsiran yang dirungkai oleh Syeikh Mutawalli Sya’rawi.
“Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”  an Naml : 18
Lihat tindakan si semut. Tidak gopoh dalam memberi arahan ketika melihat Nabi Sulaiman dan tenteranya yang semakin menghampiri. Malah bersikap husnuz zhon berdasarkan pada ayat ‘sedangkan mereka tidak menyedari’ an Naml :18. Comelnya si semut :)

Pada awalnya saya hampir putus asa. Terlalu banyak untuk dibaca dalam waktu yang berbaki sedikit sahaja lagi. Rasa malas. Namun, bila membaca kisah si semut, mengubah mode saya. Dia punyai tubuh yang kecil, tapi jiwanya besar. Bijak memimpin.Rajin. Malunya saya sebagai manusia. Fuzah, don’t give up!

‘Ibrah : Kalau diikutkan, kisah semut hanya dilakarkan dalam beberapa ayat sahaja. Bukan keseluruhan surah. Mungkin kerana nilai-nilai positif yang ada pada si semut, Allah mengangkatnya. Menjadikan dia tajuk utama. Segalanya dalam pengetahuan Allah. Wallahu a’lam..



Imtihan berakhir. Setiap kali melangkah berjuang , ada ‘ibrah yang Allah letakkan. Ada kekuatan yang Allah hadirkan tanpa kita sangka. الحمد لله




16 May 2011

Fokus!





Imtihan nihaie semakin hampir. Boleh dikira dengan jari. Persiapan saya masih lagi zero. Terlalu banyak mementingkan perkara yang agak kurang pentingnya. huh..fuzah,what’s going on?

 Doakan saya teman-teman. Moga kuat mujahadah. Moga thabat dalam dakwah. Moga tidak mati dengan mehnah. Doakan. Doakan.

22/5 = Qasasul Quran
24/5 = al Quds
26/5 = Adyan muqaranah
28/5 = Takhrij hadis
30/5 = 1) Fiqh Muamalat
            2) Tafsir tahlili

        * pening..2 madah dalam sehari?..erk..permudahkan ya Allah. permudahkan. Takpe, jangan sedih,jangan risau ye fuza , Allah kan ada..Alhamdulillah..^^, *


surah at Talaq : akhir ayat 2 hingga awal ayat 3

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاًّ  وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً  
Maksudnya : “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, akan diberikan kelapangan dan rezeki yang tidak terduga…Barang siapa yang bertawakal pasti akan dijamin-Nya…..Sesungguhnya Allah itu sangat tegas dengan perintahnya…Dia-lah yang mentakdirkan segala sesuatu..”

Semoga Allah juga  permudahkan perancangan-perancangan saya selepas ini. Ameen ya rabb. Ma’as salamah semua..=)………………………………………….

p/s :Buat mereka yang ku kenal hanya dari jauh, mohon maaf segala silap. Segala nasihat yang diberi tak lain tak bukan hanya kerana sayangkan kalian lillahi ta’ala.  InsyaAllah, ada rezeki, kita berjumpa. Wassalam.



 ...stop ber'blog' buat sementara waktu......=)




Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...