RSS

29 October 2012

:.Korban Tanda Cinta.:


الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد

26 oktober 2012/ Jumaat

Laungan takbir bergema. Tanda membesarkan Allah yang Maha Esa,Maha Kuasa. Tanda hari raya buat seluruh ummat Islam. Eidul Adha.

Eidul Adha di sini! Bumi barakah ,Mu’tah Jordan. Ini kali terakhir. Hari yang bakal saya rindu. :’(

Alhamdulillah

Kerna Dia sering memberi yang terbaik buat hambanya
Jangan kita sedih bila doa tidak dimakbulkan atau  ujian datang bertimpa-timpa

Kerana yakinlah, Allah sudah menyediakan masa yang terbaik

Untuk hambanya menerima  segala kejayaan, kebahagiaan yang tertunda

Percayalah ! [memotivasikan diri sendiri sebenarnya  T_T]

Sungguh besar  pengorbanan Nabi Ibrahim sebagai seorang bapa , apabila sedia menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya.

Besar juga pengorbanan Nabi Ismail saat redha dengan ketentuan bahawa dirinya akan disembelih oleh ayahnya sendiri melalui perintah Allah.

Malah tidak kurang juga besarnya pengorbanan siti hajar saat ditinggalkan bersama anaknya sendirian , jauh dari manusia.

Subhanallah T_T

Korban itu tanda cinta. Cinta si pencinta kepada sang Pencipta cinta. Andai saya berada di tempat mereka, belum tentu saya mampu.


Semoga Allah redha. Semoga Allah terima. Semoga Allah ampunkan .

Buat sahabat-sahabat, mohon maaf salah silap keterlanjuran kata-kata. Buat kalian terasa hati, buat kalian menangis, buat kalian bersedih. Maaf. Maaf. Maaf. Kalian sahabat paling terbaik. Cermin terbaik, penasihat terbaik, moga Allah membalas setiap jasa kalian. Allahumma amen.

Ini nota raya terakhir saya di bumi anbiya’!

p/s : ahli bayt busyraa lama+ahli bayt busyraa baru = TERBAIK ^^,





28 September 2012

:.Nota Kecil.:


Saya membelek-belek buku ‘nota kecil’ berwarna biru. Di situlah tertulis impian saya , carta hidup saya ,kalendar harian saya dan macam-macam lagi.

‘Sekarang dah akhir bulan 9. Tak lama lagi nak masuk bulan 10. Dan tak lama lagi dah nak tinggalkan Jordan!’ saya bermonolog sambil menghabiskan menulis jadual.

Rasa bagaikan tak percaya. Terasa saya baru saja menjejakkan kaki ke bumi Mu’tah, Jordan. Transit di rumah kakak senior, bertatih bercakap arab dengan ammu kedai , berbuka puasa di rumah arab dan macam-macam lagi. 

Tapi, sekarang saya akan meninggalkan bumi Mu’tah kurang dari 5 bulan dari sekarang. Ya Allah ! T_T

Singkatnya masa. Dulu terasa ingin cepat-cepat pulang ke Malaysia. Tapi sekarang, hati saya sayu.

Bakal meninggalkan dataran  barakah. Bakal berjauhan dengan para syuhada’ yang tertanam jasadnya di sini. Saya pasti merindukan bau wangian ‘mereka’. Ujian di bumi inilah yang banyak mengajar saya erti menjadi hambaNya yang Redha dan Ikhlas. Pasti akan rindu!

Sepanjang saya melalui kehidupan di atas muka bumi ini, pasti tak lari dari ujian. Namun ujian di bumi barakah ini jauh berbeza dari yang saya sangka. Mungkin Allah ingin mengajar saya menjadi tabah seperti Zaid ibn Haritah, menjadi berani seperti Ja’far At-tayyar, menjadi kuat seperti Abdullah ibn Rawahah. 
Kuatkan hati, saya tetap menerimanya dengan Redha. Alhamdulillah.

‘Akak,seronok kan akak dah nak khirij’ sapa seorang adik kepada saya.

Saya tersenyum. ‘ InsyaAllah awak,doakan’.

‘Ukhti, bulan berapa ukhti nak balik? Balik cepat-cepat tau’ suara gembira  adik saya jauh di Malaysia.

Saya sebak. ‘InsyaAllah maya,doakan ukhti’

Jawapan saya serba ringkas. Takut untuk terlalu gembira.

 Teringat pesan seorang rakan saya.

‘Kita jangan terlalu excited sangat nak khirij. Buat biasa-biasa saja. Takut-takut Allah uji akhir-akhir nanti, kita yang kecewa’.

Ye, saya mengerti. Namun,sandaran yang terbaik hanya pada Allah. Apa saja perancanganNya ,kita kena akur. Kerna perancanganNya jauh lebih hebat dari perancangan kita. insyaAllah.

………………………………………………………………….
Hebat perancangan Allah.

Dulu saya berangan-angan untuk mengambil bidang akaun selepas mendapat keputusan SPM terbaik di sekolah menengah. Cita-cita saya kuat untuk sambung bidang akaun. Cikgu-cikgu juga sangat memberi galakan.Namun hasrat sedikit terhalang.

‘Kamu hafal Al Quran dulu, baru lepas tu sambung akaun. Buya nak, semua anak-anak buya hafal Quran’. Tegas buya bila saya menyuarakan hasrat.

Akhirnya saya akur. Di Darul Quran saya sendiri. Tiada sahabat pun dari sekolah lama yang mengikut. Saya tak rasa saya mampu di sini. Menghabiskan 30 juzuk. Kadang-kadang saya memberontak dalam hati.

Namun, takdir Allah mampu mengubah segalanya. Alunan Al Quran yang sering bergema di bumi barakah Darul Quran, membuatkan cinta saya di bumi barakah ini makin kuat. Hati keras menjadi lembut. Mata yang sukar menitiskan air mata, akhirnya menitiskan juga air mata ‘ego’ yang lama terpendam.

Teringat satu firman Allah : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)

Alhamdulillah. Rupanya ini hikmah yang Allah simpan. Selepas ke Darul Quran,saya dapat meneruskan perjuangan di bumi barakah syam, Jordan. Rupanya dengan jalan yang asalnya saya tidak suka, jalan itulah yang membuka saya jalan kepada jalan kejayaan sekarang. Ya Allah, Alhamdulillah.

Terimakasih kepada buya yang membantu dalam ‘perancangan’ hidup saya sehingga saya mampu sampai ke sini.

Dan sekarang, perjalan saya di bumi Jordan bakal berakhir. T_T

Ya Allah, semoga ada rezeki untuk ku ke sini lagi. Moga ada rezeki untuk ku berjiran dengan para syuhada’. Moga ada jalan untuk ku ‘menetap’ di bumi yang Kau makbulkan doanya..

Memanfaatkan masa yang berbaki.

“ Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik daripada banyak yang melalaikan! ”




08 September 2012

:.Kehidupan Itu Luas.:


Putaran hidup di dunia umpama roda. Kadang- kadang kita berada di puncak teratas. Kadang-kadang juga kita berada di hujung paling bawah. Itulah adat kehidupan. Redha!
Dunia ini sempit saja. Cuma kehidupan itu yang luas.

Semakin hari semakin banyak yang saya perlu belajar. Tak mudah untuk dapatkan SYURGA Allah. Kerna SYURGA Allah sangat mahal harganya. Cuma perlukan sedikit ketabahan untuk sentiasa istiqamah.

:’)

Positif! Tabah! Redha!

Yok! Jadi HambaNya yang superMuslim!


[kadang-kadang, dengan menulis sesuatu yang terlintas membuatkan ringan sedikit ‘beban’ . Allahu Akbar. Kau mendatangkan sesuatu ujian, Kau jugalah yang mendatangkan jalan penyelesaiannya. Sayang Allah :’) ]






17 August 2012

:.Hadiah Terindah.:


Alhamdulillah.

Dalam-dalam saya menarik nafas. Lega. Syukur. Allah masih panjangkan umur saya.

14 Ogos 2012, saya masih di atas dunia. Di bumi anbiya’. Bergelar seorang muslimah. Alhamdulillah.



Gembira. Tahun ini saya masih dapat merasakan tarikh kelahiran saya disambut dalam bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi, kali ini lebih special. Jatuh pada 10 malam terakhir. 26 Ramadhan, dan malamnya pula adalah malam ke-27. Subhanallah T_T
Seperti sebelumnya, hari kelahiran saya juga  jatuh pada bulan Ramadhan juga. Alhamdulillah.

14 Ogos 2010 -Sayu bacaan imam masjid di Mazar membuat hati saya getar. Wangian dari maqam syuhada’ menusuk hidung saya saat menziarahinya selepas solat.  Saat itu saya merasakan, mampukah saya berjuang seperti syuhada’ yang Allah telah janjikan syurga buat mereka? Umur yang Allah bagi pada saya, adakah ada keberkatan?adakah saya gunakan dengan sebaiknya? T_T

14 Ogos 2012- Sayu bacaan Dr Tolib Suroirah di masji Hussein. Masjid yang berada di dalam jami’ah.Malam ini malam ke-27. Suasana masjid di Jordan hidup. Semua masjid melakukan qiamullail berjemaah pada malam ini. Di mana-mana sahaja.Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan beberapa orang rakan sempat bersama mereka. Ini kali terakhir Ramadhan di bumi Jordan. Dan inilah hadiah terindah sempena hari kelahiran saya.T_T

Berbaki satu semester untuk saya berjuang di sini. Mujahadah perlu lagi kuat. Saya ada target sendiri. Target untuk memberi ‘senyuman’ buat ummi dan abuya. Biarpun mehnah dan ujiannya kadang-kadang pernah buat saya ‘jatuh’ seketika. Terus doakan saya.  Berbaki hampir 5 bulan saja lagi.

"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."

-Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.



Ramadhan juga berbaki beberapa hari saja lagi. Mungkinkah kita akan bertemunya lagi? Wallahua’lam. Andai ada peluang lagi, semoga Ramadhan akan datang lebih baik dari sebelumnya. Andai kita tiada peluang bersama Ramadhan akan datang, semoga keampunan Allah bersama kita. Amen…

Salam kemaafan daripada saya. Buat yang mengenali saya ataupun tidak. Andai blog ini tiada memberi apa-apa manfaat buat yang membaca, mohon kemaafan. Saya tak mampu jadi seperti orang lain. Sekadarnya saja perkongsian yang saya mampu beri. Sejarah kemunculan blog ini pun, hasil ‘pujukan’ seorang sahabat kepada saya :) .

Andai saya tiada lagi di dunia nanti, semoga sedikit manfaat yang ada dalam inilah yang akan mengalirkan pahala buat saya. Yang sentiasa dibaca-baca oleh kalian. Doakan saya. Maafkan saya. Jazakumullahu khaer.

"Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal."
(As-Syura : 36)




Ummi , terimakasih kerana susah payah melahirkan ukhti. Terimakasih kerana sudi membesarkan ukhti dengan kasih sayang. Terimakasih kerana sabar dengan kenakalan anakmu ini.  (semoga ummi ampunkan dosa-dosa saya yang lalu. Sangat banyak . Em.. T_T )

Abuya, terimakasih atas tarbiyah yang diberikan. Sejak dari kecil hingga sekarang tak putus-putus tarbiyahnya. Maafkan ukhti juga.. T_T

….tak mampu untuk teruskan menaip..Sebak..

Wallahua’lam..fi amanillah..




Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...