RSS

07 February 2011

:.Hikmah Yang Tersingkap:.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan kejadian rusuhan yang berlaku di Mesir. Saya yang baru mendapat tahu hal ini agak terkejut. ‘Ya Allah,inikah hikmah yang Kau sembunyikan selama ini?’ hati saya berbisik. Lafaz syukur pastinya menitip di bibir kerana saya terselamat daripada terkandas  dalam kesulitan rusuhan di Mesir. Itulah dia hikmah disebalik 14/1/2011. Satu tarikh yang pernah saya ,abang dan adik merancang untuk bercuti bersama di Mesir sehingga 29/1/2011. Perancangan Allah sungguh hebat! Subhanallah! Dia tidak mengizinkan diri ini pergi, kerana tahu diri ini tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi genting di sana. Andai saya ‘lepas’ ke sana, pasti akan menambahkan kerisauan ayah dan bonda di Malaysia. Kerna jika diikutkan, tarikh rusuhan berlaku ketika saya dijangka masih berada lagi di Mesir andai saya jadi ke Mesir.Mereka berdua [akhi zulkarami & zulhusnayain] yang di sana sudah cukup merisaukan mereka, jika ditambah dengan saya pasti lebih dan lebih merisaukan mereka. Ucapan syukur sekali lagi dipanjatkan . Alhamdulillah.
Namun, walaupun saya terselamat daripada kekalutan yang berlaku di Mesir, hati saya masih bimbang dan risau. Setiap hari tidak lepas memikirkan abang dan adik di sana. Tidak lupa juga rakan-rakan Jordan yang masih terkandas di sana. Setiap perkembangan pelajar Malaysia di Mesir saya ikuti. Laman http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ sentiasa menjadi pautan saya untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini. Setiap masa yang ada, pasti saya akan berusaha menghubungi adik dan abang untuk mengetahui keadaan mereka seterusnya untuk disampaikan kepada family di Malaysia.

Sedikit ringkasan berkaitan rusuhan yang berlaku di Mesir :
Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi Tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Atas dasar inilah rakyat Mesir bangkit bersama-sama untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.
Rusuhan berlaku merata-rata tempat. Orang awam bertempur dengan polis dan tentera. Ramai terkorban dan ramai yang cedera parah. Kerajaan Mesir pula  menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Ini menyukarkan orang ramai untuk berhubung.Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu mereka di sana. Lebih 5000 orang banduan pula telah terlepas dari penjara. Semua ini pasti merisaukan lagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Mesir


Berbalik pada kisah saya, antara detik-detik cemas yang berlaku :


Adik saya mempunyai masalah pada pasportnya. Passport yang ditinggalkan di jawazat tidak dapat dipastikan ‘keselamatannya’. Sama ada terbakar, musnah atau sebagainya. Jalan penyelesaian adalah perlu membuat passport yang baru untuk lepas ke Jeddah iaitu pusat transit. Masalah tidak terhenti di situ saja, disebabkan dia memiliki passport Indonesia, ini memerlukannya untuk berurusan di Kedutaan Indonesia Mesir. Saya sebaik mendapat tahu masalahnya terus mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya. Mencari nombor-nombor yang boleh dihubungi. Sudah berhasil mendapat nombornya, namun gagal dihubungi pula. ‘Ya Allah’, saya melepas lelah. Apa lagi jalan yang boleh saya bantu? Andai tidak, pasti dia akan dibawa semula ke Shoubra , tempat kediamannya. Bahaya! Sepanjang jalan polis memeriksa passport atau data-data diri sesiapa yang melaluinya. Rusuhan pula semakin menjadi-jadi. Saya pula sudah kehabisan kredit untuk menghubunginya. Hendak topup, dompet pula kosong ^^,. Ya Allah!Tunjukkan aku jalan.

Kepala jadi berdenyut-denyut. Mungkin kerana terlalu lama menghadap laptop. Akhirnya saya terlelap dek kerana ‘keletihan’. Laptop masih on tidak ditutup. Facebook danYahoo Messenger juga masih on. Menanti khabar-khabar baru.

Sabtu 5/2/2011 – 3 a.m
Saya terbangun. Mata terus terpandang komen di status fb milik  adik. ‘Alhamdulillah’, lafaz syukur saya panjatkan. Akhirnya ada jalan Allah beri. Melihat berita gembira yang disampaikan oleh kawannya , melegakan saya. Akhirnya abuya juga yang berhasil membantu,  bertemu muka dengan Ketua Menteri Melaka untuk meminta bantuan. Segala-galanya dengan izin Allah….Alhamdulillah….
…………………………………………………………….
Akhi zulkarami dan zulhusnayain Alhamdulillah kedua-duanya selamat sampai di Jeddah. Semoga segala urusan selepas ini dipermudahkan Allah. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang membantu. Nur Islam , Qaseh Qaleesya & kak Sabeela yang  sentiasa membantu menyampaikan maklumat dengan cekap ^^, dan  juga prof_muslimah88 yang membantu untuk sponsor kredit ^^,. Semoga Allah membalas jasa kalian. Buat ummi  & abuya, kalian penguat semangat kami di perantauan.  Dengan jasa kalian juga dapat menyelesaikan masalah kami dengan izin Allah
          ….Alhamdulillah…Benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah dalam FirmanNya :
                                               (     * إن مع العسر يسرا * فإن مع العسر يسرا   ) 
                                                                        Surah al Insyirah ayat 5-6
Maksudnya : Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan


.......maka.bersangka baiklah dengan setiap ujian Allah.....Subhanallah………………..


:.akhi & rakan-rakannya di kawasan Mansourah:.

:.berdiri teguh di hadapan kereta kebal ^^, [berani sungguh]

:.husnayain [ni gambar time nak pegi Mesir ritu ^^,]

26 January 2011

~ Indahnya Cuti Itu~

Dengan nama Allah ku mulakan setiap langkahku..agar ada keberkatan daripadaNya
Masih lagi dalam fatrah cuti selepas habis imtihan fasal awal baru-baru ini. Saya mencari-cari idea untuk mengisi masa yang terluang. Perlu saya gunakan sebaiknya. Perlu mencari pengisian yang bermanfaat dan tidak membosankan. Apa dia ya??..em..

Bagaimana dengan hafalan al-Quran??
Hubungan dengan Allah pula?
Dah ziarah maqam-maqam sahabat Nabi @ tempat-tempat bersejarah seperti yang disebut di dalam al-Quran?
Macam mana dengan hubungan sesama manusia? Sudah ziarah-menziarahi?

…..inilah dia persoalan-persoalan yang berlegar di minda…’fuza, clearkan segera!’ monolog sendiri..Bagaikan diri saya punya 2 jasad. Bila saya rebah, ‘fuza’ itu yang beri semangat. Bila saya gembira, ‘fuza’ itu meraikan kegembiraan itu..huh..

............satu hari dengan tangisan Vs satu hari tanpa tangisan…………………………
Bila masa yang berlalu tanpa pengisian, pastinya akan ada tangisan pada hari itu. Merasakan seolah-olah sudah tidak amanah dengan masa yang diberi oleh Allah. Tangisan itu hanya dalam hati. Termenung,bersendiri,bersenyap…Itulah yang sering saya lakukan tika saya mengkhianati satu hari itu. Ya Allah..
Bila masa yang berlalu sarat dengan pengisian, pastinya ada sinar senyuman. Lafaz syukur pada Allah sentiasa meniti di bibir. Alhamdulillah..

………………kenangan bersama keluarga…………………………
Hampir 2 tahun saya berkelana di bumi Jordan. Mengutip beribu mutiara ilmu untuk dikongsi dan di bawa pulang nanti. Sungguh kerinduan yang teramat pada keluarga. Benarlah kata orang; ‘Bila jauh,barulah nak rindu-rinduan..barulah nak bertambah kasih sayang’. ..Ya!,saya sangat bersetuju. Benar apa yang di khabarkan. Kerna saya sendiri yang merasanya..^^,

Bercerita tentang cuti, teringat saya ketika cuti sekolah bermula. Tidak kisahla cuti sekolah menengah atau sekolah rendah. Sama sahaja.

Cuti yang ada kami habiskan bersama keluarga di rumah. Tiada tiket percutian ke Genting Higlands. Tiada membeli-belah di Giant,Mahkota Prade dan sebagainya. Cuti kami adik beradik hanyalah di teratak kami, di Tanjung Pinang,Merlimau Melaka dan di Darul Mursyideen.

Pagi hari wajib bangun awal. Ada kuliah subuh dari ayahanda tercinta. Berselang hari , kuliah subuh bergilir setiap adik beradik. Paling tidak dilupakan, apabila si bongsu Mursyid menyampaikan kuliah subuhnya..^^,..[tak ingat dah tajuk ape..:) ]
‘Jangan tidur lepas subuh!’ amaran abuya setiap kali selesai solat subuh berjemaah..’Mengaji dulu, lepas sarapan buat apa-apa keje yang patut,’ abuya menambah lagi.
Itulah rutin kami. Daripada yang kecil sampailah yang ke besar, semuanya harus mengikut arahan yang telah diberi. Pada mulanya ada saja keluhan daripada kami. Tapi, lama kelamaan sudah jadi biasa. Rasa seronok pula. Habis mengaji, belajar bahasa arab dengan abuya. Papan putih tersedia untuk di lakar dengan ilmu nahu saraf. Teringat ketika saya bersekolah rendah, waktu-waktu cuti dihabiskan dengan menghafal tasrif fi’il. Sampaikan satu tahap, bila terlalu seronok mentasrif , habis semua perkataan yang bukan bahasa arab saya tasrifkan..huhu..Perkataan sakit bila ditasrif menjadi = sakit-sakita-sakitu-sakitat-……….dan seterusnya..huhu..Memang kelakar, tetapi sangat menyeronokkan..abuya pun tak marah..he~

Gotong-royong rumah bermula!..Ada yang mengemas di dalam rumah, terutamanya yang perempuan. Tapi kadang-kadang ada jugak si teruna mengemas di dalam. Terutamanya husnayain yang sangat suka membasuh pinggan..huhu..memang terbaikla nain!..Masing-masing memainkan peranan masing-masing. Akhi sibuk menghias landskap depan rumah. Siapa tak kenal, akhi yang sungguh kreatif. Di mana ada tangannya, pasti hasilnya menakjubkan…^^..Si kecil Mursyid dan Dhiya’, bila keletihan pasti curi-curi masa untuk on tv. ^^,…katanya nak rehatkan badan sekejap..huhu..~Indahnya waktu itu~

Bila petang, masa kami berehat. Sambil minum teh, ada saja cerita daripada kami pada ummi dan abuya. Husnayain dengan lawak terhebatnya. Mursyid dengan cerita sekolahnya. Macam-macam karenah. Em..rindunya…:(

Beginilah cuti kami. Biarpun sederhana, tapi kami tahu abuya mengharapkan impak yang ‘mewah’ . Memang sengaja dibiarkan kami ‘bekerja’ di waktu cuti. Agar kami tahu menilai kesusahan ibu bapa. Agar kami bisa mengerah tenaga dan berbakti pada mereka. Agar kami dapat memanfaat masa itu sebaiknya.
                                                      Alhamdulillah…

p/s :
- bersemangat menulis bila dapat mendengar suara ‘mereka’ walaupun dari jauh..^^,..
- post ini saya hasilkan atas  permintaan seseorang..^^,


17 January 2011

:. Redha & Sabar :.

14/1/2011.
Pastinya satu tarikh yang bersejarah buat saya.
************************************************************

13/1/2011 , malam    Segala persiapan ke mesir disempurnakan sebaik mungkin. Segalanya perlu disiapkan awal. Takut-takut ada barang-barang penting yang tertinggal.

14/1/2011 , 1.30a.m – Berangkat ke mator. Perlu bergerak awal untuk chek in awal sebelum flight nanti jam 5.15 a.m

3.00 a.m – Alhamdulillah selamat sampai di  mator Jordan. Terus masuk ke dalam untuk urusan chek in .
Situasi di dalam kaunter ke-2 :
Selesai sahaja mengumpulkan passport-passport yang di minta pekerja airport, tiba-tiba dia memanggil nama saya. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.‘Allah,’ hanya itu ucapan yang terkeluar dari bibir. Saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
‘Cik,mana visa mesir?’ dia bertanya
‘Tak de lagi.Bukan kalau dah sampai Mesir baru buat ke encik?’ saya bertanya untuk mengetahui kepastian
‘Cik passport Indonesia, perlu ada visa dari sini . Berbeza dengan kawan-kawan cik yang pegang passport  Malaysia. Jadi cik tak boleh keluar ke Mesir,’ dia memberi penerangan panjang lebar.

Allah…Allah…Allah…Saya merasakan seperti ada batu  besar yang menimpa. Hajat untuk berjumpa akhi yang hampir 3 tahun tidak bertemu punah . Astaghfirullah..Namun saya perlu kuat! Saya perlu tabah! Saya redha dengan ketentuannya. Boleh jadi ini adalah yang terbaik buat saya.
****************************************
‘Sabarlah fuza,mungkin ada hikmah yang kita tak tau..jangan sedih-sedih ye,kita jumpa kat Malaysia k,’ akhi sentiasa memberi semangat kepada saya
‘ukhti jangan sedih-sedih ye. Mungkin Allah nak ganti tempat yang terbaik untuk ukhti pergi.Mungkin tempat tu adalah tempat kiblat ummat Islam, Mekkah,’ husnayain sentiasa memujuk hati ukhtinya
ummi juga tidak kurang membantu memberi semangat kepada saya. Abuya,lebih-lebih lagi sentiasa ada sebagai orang kuat pemberi semangat…


Alhamdulillah..Sabar…Bersyukur…Redha..Sentiasa berfikir positif…Aku redha ya Allah…
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

12 January 2011

:.Bersangka baiklah dengan Allah:.

 -dimulakan dengan nama Allah, pencipta sekalian alam-

Alhamdulillah, akhirnya saya diberi ilham olehNya untuk menulis sesuatu dalam blog yang sudah lama bersarang. Sekian lama meninggalkan blog ini tanpa pengisisan. Ideanya ada, cuma sukar untuk dicatat. Entah kenapa, diri sendiri pun tak tau.

Akhirnya, inilah hasilnya.....
hadiah yang ingin saya kongsikan buat keluarga tercinta, juga buat sahabat-sahabat seperjuangan.






Alhamdulillah, video yang saya hasilkan ini telah saya publish di facebook untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat. Pelbagai komen positif yang saya terima. Paling mengharukan, ada yang sampai menitiskan air mata saat melihat video ini. Subhanallah. Bukan menangis kerana cantiknya video. Bukan juga kerana sedapnya lagu. Tapi kerana ayat-ayat yang ada di dalamnya. Ayat-ayat Allah yang memberi jawapan pada setiap persoalan yang diajukan manusia. Alhamdulillah, sampai maksud yang ingin saya bawa dalam video ini. Mudah-mudahan ada nilai di sisi Allah..
Allahumma ameen..........

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...