RSS

06 May 2011

:.Coretan buatmu Akhi:.

Dulu akhi sangat suka mengusik. Lebih-lebih lagi suka sangat mengusik ukhti.

Kalau ada mainan , mesti akan berebut dengan akhi. Selalunya mesti akhi yang menang sambil tersenyum menampakkan gigi taringnye..=)
Kalau pegi sekolah agama, jarang pegi sama-sama dengan akhi. Sebab akhi suka bawak basikal laju-laju macam Formula 1

Ukhti ingat lagi, masa tu basikal ukhti rosak,terpaksa naik basikal sekali dengan akhi. Kebetulan hari nak hujan. Akhi bawak laju sangat- sangat sampai ukhti dah nak nangis sebab takut jatuh. Dan akhirnya…………..pup…Jatuh juga akhirnya. Akhi dengan selamba boleh tersenyum. Ukhti pulak ape lagi,nangis la sebab kain sekolah dh terkoyak. Akhi oh akhi..=)

Akhi ingat lagi tak waktu kita gaduh sebab nak tukar siaran tv. Masa tu kak bibah ada. Ukhti nak bukak siaran lain. Akhi pulak nak tukar siaran lain. Gaduh & terus gaduh….Akhirnya………..prang!!!..pecah cermin almari ummi sebab aki baling kerusi .Ape lagi,kita berdua kena marah. Tapi akhi kena lagi teruk sebab kak bibah back up ukhti…=)…*masa untuk ukhti senyum pulak sambil menampakkan taring..hehe*

Ingat tak masa akhi nak masuk asrama. Orang yang paling gembira ialah ukhti. Sebab dah tak de orang nak usik ukhti lagi. Semua orang pegi dekat kereta, nak ucap selamat jalan sebelum akhi bertolak ke asrama. Tapi ukhti duduk dalam rumah je sambil tengok kat tingkap. Dalam hati ukhti ‘nasib baik akhi dok asrama,aman dunia’…*maafkan ukhti akhi=) *

Itu semua kisah dulu. Tapi bila diingat-ingatkan sekarang,sangat lucu. Tak habis senyum dibuatnya.  Akhi dengan ‘kuasa’ mengusiknya. Ukhti pula dengan kuat mengadunya..=)

Tapi sekarang……..

Akhi sangat menjaga adik-adiknya. Tak kan mengusik untuk mengguris

Akhi sangat lembut dalam tutur katanya. Sambil berkata, sambil membuat senyuman

Ukhti ingat lagi, masa di DQ dulu ukhti pernah rasa down. Maklumlah, pertama kali merasa duduk di asrama. Ukhti selalu mesej akhi. Akhi tak pernah bosan membalas. Paling best, akhi nyanyikan lagu untuk ukhti =)

Masa akhi duduk KUIS dulu, adik-adik mesti tertunggu-tunggu kepulangan akhi. Sebab ape??..Sebabnya, akhi tak pernah balik dengan tangan kosong. Mesti ada ole-ole yang dibawa balik. [acit,maya dengan abang paling seronok]. Ukhti pun rasa seronok jugak,sebab bila akhi balik boleh bawa jalan-jalan naik kereta =) ]

Akhi selalu nasihat ukhti. Selalu pesan kat ukhti, supaya jaga diri sebagai seorang muslimah. Jangan bergaul dengan lelaki sebarangan. Ukhti akan sentiasa ingat pesan akhi,sampai sekarang..=)

Dulu ukhti sangat ego kan akhi??.. Rasa diri saja yang betul. Pendapat orang lain susah untuk dipercaya. Tapi akhi tak pernah biarkan ukhti macam tu selamanya. Akhi nasihat sikit demi sedikit. Akhirnya, jadilah ukhti yang seperti sekarang..=)

Akhi selalu kata, ‘korang semua hafal quran,akhi je sorang tak hafal. Akhi malu dengan korang’. Tapi, bagi ukhti akhlak akhi lebih baik lagi daripada sebahagian  orang yang menghafal quran. Jangan sedih ye akhi. Akhi yang terbaik buat kami. =)

Bila abuya mengajar kat luar, akhi selalu jadi imam kami. Tak pernah biarkan kami solat sendiri-sendiri bila abuya tak de kat rumah. Rindu nak jadi makmum akhi lagi..=)

Akhi sangat suka nasyid. Ukhti suka dengar suara akhi. Bila  semua berkumpul,akhi  suka record apa-apa lagu nasyid. Akhi,Nain,Qarnain bergabung suara. Tapi, akhi tak pernah lupakan ukhti,mesti ajak join sekali. Akhirnya terciptala lagu hasil gabungan suara kita semua. [tetiba terselit suara perempuan].

Akhi sangat menjaga adik-adik perempuannya. Rasanya maya yang selalu kena nasihat.=). Nasihat akhi:
‘ jangan bergaul dengan lelaki tanpa keperluan’
‘keluar rumah pakai pakaian menutup aurat. Maya,jangan make up sangat..=) ’
‘ kalau kawan akhi datang, jangan tunjuk muka sangat. Duduk je diam-diam’ [tak ingat sape yang suka nasihat cam ni,sama ada akhi atau qarnain..=)  ]
Kami tak rasa terkongkong pun. Malah rasa lebih terjaga.



Akhi sangat kreatif.  Ummi selalu puji,sebab akhi pandai hias laman. Daripada hutan belukar,boleh jadi satu taman yang cantik. Taman tu la tempat kita semua berehat waktu petang. Sambil minum petang, sambil berkongsi cerita. Husnayain dengan kisah lawaknya, acit dengan cerita sekolahnya, ummi pulak dengan cerita perancangan bisnesnya..Seronokkan??  =)

Masa akhi dekat Mesir, ramai yang bercerita tentang akhi…
‘Tak sangka Karami boleh sampai ke Mesir. Nakal sangat kecik-kecik dulu’..kata cikgu sabariah yang ajar kita kat surau masa kecik-kecik dulu. Ingat lagi tak?
‘Karami tu dah banyak berubah. Alhamdulillah’..ini pulak kata ummi..=)
‘Karami tu ikut macam saya kecik-kecik dulu. Nakal masa kecik,dah besar jadi orang baik..’ nak tau sape yang cakap??..uhuh..abuya yang cakap. Sambil tersenyum-senyum abuya memuji..*2 dalam 1 *..=)

Akhi Ahmad Zul Karami bin Muhammad Muchtar, terima kasih ye. Sampai sekarang akhi sentiasa menjaga adik-adik, khususnya ukhti. Sentiasa mengambil berat sekalipun kita duduk jauh. Sentiasa ingin tahu bila rasa sedih,susah,gembira dan sebagainya. Akhi yang dulu dan sekarang, tetap ukhti hargai kedua-duanya..Maaf segala kesilapan dari awal hingga akhir.Semoga segala yang terbaik milikmu. Terima kasih kerana menjadi contoh terbaik buat kami adik beradik.


Firman Allah dalam surat ali Imran ayat 103
واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ

Ertinya :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”

29 April 2011

:.Sekali lagi diuji ! :.


Bertarikh 27/4/2011

‘Hari ni wajib check duit dalam bank’ saya berbisik-bisik dalam hati di sepanjang perjalanan pulang selepas habis kelas petang di jami’ah.

Sudah 2 hari saya ‘terlepas’ menunaikan janji pada abuya. Pesan abuya supaya saya check akaun selalu terlupa. Allah..Maafkan ukhti. Terlalu menyibukkan diri sehingga terlupa.

Bergegas ke Jordan Islamic Bank di pekan Mu’tah seusai kelas quran bersama ummu Muhallab.

Kad HSBC saya masukkan. Tekan menekan sehingga la saya menekan JD300 untuk membuat pengeluaran. Lama. Lama menunggu. Syabab arab di belakang saya menyuruh saya cepat. Sepertinya ada keperluan segera. Saya serba salah. ‘Mane duit tak keluar ni?’ saya berbisik. Sambil bertanya dengan rakan-rakan yang berdekatan.

‘Tak boleh kot’

‘Mungkin proses tadi tak jadi’

‘Selalu tak lama macam ni’

Saya serba salah. Arab dibelakang seperti punya masalah yang perlu disegerakan.  Mungkin perlu keuarkan duit segera untuk rawatan isteri yang sedang sakit. Mungkin. Saya membuat andaian sendiri. Akhirnya..

‘Tafaddhol. Anta awwalan’
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
JD300. Saya menaip untuk kali kedua. Akhirnya Berjaya. Alhamdulillah.
Saya beredar dari kawasan bilik kaca di Jordan Islamic Bank. Tiba-tiba hati saya ragu-ragu. Cemas. Berdebar. ‘Tak kan duit tak keluar tadi?pelik’ saya sengaja bertanya pada rakan saya.

‘kak fuzah check balik. Untuk lebih puas hati’ sarannya

Bergegas saya masuk semula untuk memastikan semula baki duit.
Enter password …..checking balance…..berkurang! JD600 sudah dikeluarkan!

Ya Allah. Saya terpaku. Rakan saya memandang sedih. Ujian berat kali kedua yang saya terima untuk tahun ini! JD 300 kalau di tukar ke duit Malaysia = lebih kurang Rm 1300

Lama saya berdiri di tempat tadi. Hanya berdiri dengan harapan si syabab arab tadi datang memulangkan. Hampa. Tiada kelibat.

Sabar. Semoga Allah menjadikanku orang yang bersabar. Saya mempositifkan diri. 

‘Tak pe fuza,ada hikmah semua ni’

‘Tak kan nak sedih dengan kehilangan harta dunia?semua tu boleh dicari lagi’

‘Utamakan ganjaran akhirat dari habuan dunia’

Akhirnya saya tersenyum. Dunia oh dunia. Andai manusia gilakan habuan dunia,pasti akan gila juga bila kehilangan habuan dunia.
Abuya sempat berpesan selepas saya memaklumkan ‘kes’ ini

‘Inilah kehidupan. Sentiasa diberi ujian. Redha dengan apa yang berlaku’

‘Kalau kita ambik pengajaran dan manfaat atas ujian yang berlaku,baguslah kita. Tapi kalau lepas diuji kita tetap yang sama.tiada perubahan,tiada langkah hati-hati,sia-sia saja’

Ringkas sahaja nasihatnya. Tiada nada marah. Hanya nasihat berhikmah buat saya agar lebih berhati-hati.
Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah. Dengan ujianMu membuatku makin kuat. Dengan ujianMu menjadi kayu ukur kesabaranku di tahap mana. Dengan ujianMu lebih menjauhkan hatiku dengan habuan dunia. Alhamdulillah.

Allah berfirman, ''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (Surah an Nahl : 18).

Allah juga berfirman, ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (Surah Ibrahim : 7).




23 April 2011

:.Barakah di pagi Juma’at :.



22/4/2011, Juma’at, Masjid Ja’far at Tayyar

‘Wahai anak,apa kabar?’ sapa seorang wanita lingkungan sebaya dengan ummi saya sambil mengukir senyuman. Namanya Ummu Muhammad.
‘Alhamdulillah,baik’ saya membalas  ringkas dengan senyuman.
Perbualan kami terhenti di situ. Saya mengambil tempat di belakang bahagian tengah masjid, manakala dia mengambil tempat di posisi yang berbeza. Tasbih di tangannya sentiasa bergerak mengikut alunan zikir di mulutnya. Saya mencapai al Quran kesayangan saya sambil mencari-cari surah untuk di  i’adah. Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Saat saya melangkah masuk ke masjid Ja’far at Tayyar di Mazar, rasa sayu menjengah. Mungkin kerana terlalu lama tidak menjejak di sini. Sudah lama tidak datang menziarahi pahlawan-pahlawan yang bersemadi berdekatan dengan masjid Ja’far at Tayyar. Allah.
Hari ini saya akan bersolat juma’at di sini. Tidak pernah lagi saya merasa untuk solat juma’at . Hari ini waktunya. Tambahan pula, khutbah akan disampaikan oleh syeikh Habib Omar yang datang dari Tarim, Hadramaut di Yaman.Subhanallah. Saya ingin mendengar sebaiknya pesanan darinya. Saya ingin mengambil sebanyak manfaat yang dapat saya peroleh dengan kedatangannya.

15 minit sebelum azan berkumandang, si ‘ibu’ tadi datang menghampiriku yang masih menyambung i’adah quran. ‘Adakah kamu belajar di sini?’
Saya menghabiskan  bacaan yang terakhir. Dengan ringkas saya menjawab pertanyaannya. ‘Saya belajar di Jami’ah Mu’tah’.
Kami berbicara sambil didengari oleh kawan-kawan saya yang berdekatan.
‘Suhanallah..jameel..’ sambil tangannya menadah dan mengucap pujian pada Allah.
‘Ameen ya rab’ saya mengaminkan 
‘Andai kamu ada masa, boleh tak datang ke rumah saya mengajar kami anak beranak tentang agama?’
Saya terdiam. Melihat kepada dirinya sahaja sudah melihatkan kehebatannya pada agama. Tapi masih merendah diri pada kami yang belajar agama. Subhanallah. Sungguh bersih hatimu ‘ibu’.
‘InsyaAllah’ jawab saya dan rakan secara ringkas.
‘Ummu Muhammad tinggal dekat sini?’ saya bertanya.
‘Tidak. 10 minit perjalanan menaiki kereta’ jawabnya sambil menggerakkan bola-bola tasbih di tangannya.
‘Biar kita penat sedikit di dunia ni, dia syurga nanti kita hanya berehat saja’ sambil tersenyum dia berbicara.
Sambungnya lagi ‘kita harus bersyukur sebab dengan rahmat Allah,kita diberi peluang duduk di masjid seperti sekarang ni. Ramai lagi yang di luar belum diberi rahmat seperti yang kita dapat sekarang ni’
Saya mendengar dengan teliti setiap butiran kata-katanya. Setiap nasihatnya pasti ada pujian terhadap Allah. Sayu. Melihat Ummu Muhammad, teringat ummi saya. Rindu nasihatnya walau sering nasihat yang berulang. Ummi :’(
Saya hanya menjadi pendengar. Ingin menyambung kata-katanya, tetapi bagai tak mampu. Takut lebih pada tangisan daripada bercakap. Saya sayu. Setiap kata-katanya masuk ke hati. Melihat ke matanya  juga saya dapat rasakan dia juga rasa seperti apa yang saya rasa. 
Satu kata-kata akhir terucap buatnya sambil memegangnya, ‘Ummu Muhammad, bila melihat kamu,mmbuatkan saya teringat ummi saya di Malaysia. Boleh tak saya anggap kamu seperti ummi saya?...saya menahan air mata dari jatuh. *segan :)  *
‘Boleh. anggap saja aku ibumu. ibu kalian’ balasnya sambil tersenyum . Saya juga tersenyum.


الله اكبر الله اكبر   …azan berkumandang..Kami berpisah sementara. Mengambil tempat. Sama-sama mendengar khutbah dari syeikh Habib Omar. Walaupun kurang memahami keseluruhan isi yang disampaikan kerana lahjah yang digunakan,  namun ada juga sedikit-sedikit yang saya fahami dari kata-katanya.

Alhamdulillah ya Allah. Kerana memberi peluang kepada ku mendapat barakah di pagi juma’at ini. Solat juma’at di Masjid Ja’far at Tayyar besebelahan dengan maqam para syuhada’. Mendengar khutbah dari syeikh Habib Omar yang salasilahnya sampai kepada Rasulullah. Dan juga mendapat ummi angkat di masjid ini. Subhanallah. Sungguh banyak nikmatMu ya Allah. Sentiasa meredakan hati hamba-hambaNya yang gelisah. Alhamdulillah

اللهم اجعلنى من الشاكرين واجعلنى من أهل خواصك يا الله 


                           

06 April 2011

~ Menyepi~

**ke mana menghilang si pemilik blog ini? **


Maaf teman-teman atas kurang keperhatian pada menulis di blog ini. Menyepi bukan bermakna tiada kisah cerita untuk dikongsi. Masa amat terbatas.


*exam yang sentiasa mengejar sedikit menghilangkan fokus saya untuk menulis di blog
*kesihatan yang kurang memuaskan juga menyukarkan untuk aktif di blog
*ada cerita tapi tidak tahu hendak mulakannya. (dengan kata lain,blur..:) )


.........InsyaAllah , selepas ini saya akan kembali 'segar' menulis di blog ini. Menyampaikan rasa, meluahkan cerita yang beribu kisah. Doakan saya. Sayang kalian lillahi ta'ala.....



p/s : sedikit cerita untuk dikongsi (tiba-tiba teringat :) )
Hati saya sangat gembira bila bertemu dengan sepupu-sepupu di Indonesia walaupun hanya di alam maya. Itu sudah cukup menghilangkan kerinduan kepada mereka. Melihat foto-foto dan status-status mereka di facebook,umpama saya sedang berada di Indonesia..huhu..mana tidaknya,kali terakhir bertemu mereka ketika saya berumur 12 tahun iaitu sewaktu menziarahi Medan, Indonesia bersama keluarga. Alhamdulillah. Allah masih pertemukan kami. Tautkan hati kami dengan ukhwah lillahi ta'ala..

Categories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...